NISA’ WILAYAH PERSEKUTUAN MENGUNGGULI DAKWAH MENDEKATI SELEBRITI

Tinggalkan komen

Januari 5, 2012 oleh pemudawilayah


Nisa’ Wilayah Persekutuan akan terus mengungguli usaha berdakwah kepada masyarakat khususnya generasi muda dengan menjadikan artis serta selebriti tempatan sebagai sasaran bagi menarik minat mereka mengenali Islam. Nisa’ WP percaya dakwah kontemporari perlu dipelbagaikan supaya masyarakat merasa tertarik untuk mengenali Islam. Golongan selebriti mempunyai daya tarikan tersendiri seumpama magnet yang mampu mengikat golongan muda kepada penghayatan Islam.

Alhamdulillah, kebelakangan ini semakin ramai selebriti terkenal yang berhijrah ke arah kehidupan secara Islam. Semakin ramai artis sudah mula berpakaian menutup aurat, mendekati masjid, hadir dalam kuliah-kuliah agama yang dianjurkan, malah menjauhi perkara-perkara yang terlarang semasa sesi penggambaran mahupun persembahan mereka. Perkembangan ini amat membanggakan kerana ia merupakan suatu peluang yang baik kepada pendakwah untuk mendekati kelompok ini agar mereka terus dibimbing dan dipandu arah supaya mereka ini tidak tersesat jalan di kemudian hari.

Di atas faktor inilah, Nisa’ Wilayah Persekutuan berusaha sedaya upaya bagi mendekati  selebriti yang telah berhijrah ke tengah masyarakat sebagai medan berdakwah kepada mereka dan masyarakat. Pengalaman dan perjalanan hidup para selebriti yang telah berhijrah dijadikan panduan supaya mayarakat turut sama berhijrah sebagaimana selebriti ini.

Justeru itu, Nisa’ Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Talkshow yang bertajuk ‘Di Penghujung Cintaku’ dengan menampilkan selebriti terkenal Catriona Ross, bergandingan bersama dengan Ustazah Teh Izanuri Jamaluddin, penceramah terkenal televisyen serta Saudara Adeep, bekas penyanyi utama kumpulan Fabuluous Cat. Talkshow ini akan di pengerusikan oleh Ustaz Nur Raihan Abdul Aziz, personaliti TV popular.

Talkshow ini akan diadakan pada hari Ahad, 8 Januari 2012, bermula jam 9.00 pagi sehingga ke jam 1.00 tengahari bertempat di Surau Al Falah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang (bersebelahan dengan MRR2). Ia dianjurkan bersama oleh Nisa’ Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Surau Al Falah, PPR Hiliran Ampang dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR Titiwangsa). Perasmian Talkshow akan disempurnakan oleh Ustazah Nuridah Saleh, Penaung Nisa’ WP bersama Mej (B) Ustaz Abdullah Abdul Wahab, Timbalan Pengerusi PKWR Titiwangsa.

Antara acara menarik adalah persembahan istimewa oleh Saudara Adeep, bekas kumpulan Fabuluos Cat yang akan mempersembahkan beberapa buah lagu popularnya. Selain itu, antara acara sampingan yang menarik adalah hadiah percuma untuk 100 orang pengunjung pertama, disamping rawatan Syifa’ percuma, serta kaunter pendaftaran Nisa’ WP. Semua lapisan masyarakat dijemput hadir ke Talkshow Nisa’ WP bagi memeriahkan suasana dan mengenali secara lebih dekat selebriti yang ditampilkan.

Disediakan oleh;


KHAIRI SYUTINA BT MAHMOOD

Pengarah Nisa’ Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: