SELESAIKAN SEGERA MASALAH BAS HENTI-HENTI

Tinggalkan komen

Januari 5, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta kerajaan menyelesaikan segera permasalahan sistem pengangkutan awam terutama perhidmatan bas henti-henti yang ditamatkan perkhidmatan. Ini kerana proses penamatan perkhidmatan bas henti-henti di buat dalam keadaan orang ramai mula bekerja di tahun 2012 dan pelajar sekolah memulakan persekolahan mereka di awal tahun ini.

DPPWP berpendapat, penggantungan laluan utama di beberapa negeri termasuk Selangor pasti akan menjejaskan kehidupan seharian rakyat. Dalam keadaan kenderaan yang terlalu banyak di jalan raya terutama di bandar-bandar besar, sudah tentu keadaan trafik juga akan tidak terkawal kerana pengguna terpaksa menggunakan kenderaan mereka untuk ke sesuatu destinasi. Bagi mereka yang tidak ada kenderaan pula, sudah tentu ia akan lebih menyukarkan kehidupan mereka, malah terpaksa memikirkan untuk bercuti atau datang dan pulang kerja lewat dari masa mereka.

DPPWP menganggap tempoh selama dua minggu yang diberi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) untuk membayar sebahagian dari dana bas sebanyak RM 400 juta kepada pengusaha bas terlibat dirasakan terlalu lama bagi pengguna kenderaan awam tersebut.  Banyak permasalahan yang timbul di kalangan pengguna kenderaan awam dalam tempoh tersebut. Tempoh dua minggu untuk bayaran kepada pengusaha bas belum jaminan tempoh perkhidmatan bas henti-henti akan pulih dalam masa tersebut. Kemungkinan ia akan berlanjutan sekiranya bayaran lambat dibayar atau lain-lain proses yang diperlukan.

Sebaiknya kerajaan memikirkan langkah alternatif bagi menyelesaikan kemelut yang melanda. Perkhidmatan awam seperti bas henti-henti tidak boleh dihentikan perkhidmatannya kerana ia melibatkan kepentingan ribuan pengguna. Kerajaan perlu memikirkan inisiatif lain supaya operasi bas henti-henti dapat diteruskan seperti sedia kala demi kepentingan pengguna awam di negara ini.

Disediakan oleh;

 

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: