PEMBEBASAN ANWAR : MOTIVASI TERBAIK MEMENANGKAN PAKATAN RAKYAT

Tinggalkan komen

Januari 9, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat akan menyemarakkan lagi kebangkitan rakyat menuju ke Putrajaya dalam Pilihanraya Umum  ke 13.

Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini disambut dengan laungan takbir dan kesyukuran dari rakyat segenap peringkat. Terbukti dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan suatu tuduhan tidak berasas dan direka-reka bagi memburukkan imej dan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakyat pula yang berhimpun dari seluruh negara memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukti bahawa rakyat sudah jemu dengan budaya politik lucah dan melampau. Politik kotor seperti ini tidak boleh diterima dalam sebuah negara yang kaya dengan adab resam serta kental dengan amalan Islam oleh umat Islam di negara ini.

Keputusan mahkamah Tinggi dibuat dalam keadaan negara ini berada diambang pilihanraya umum ke 13. Sudah tentu mood rakyat akan bergantung hasil daripada keputusan tersebut. Dengan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ia akan meningkatkan lagi motivasi dan semangat bekerja rakyat seluruh peringkat khususnya pendokong Pakatan Rakyat.

DPPM yakin, dengan keputusan ini kebangkitan rakyat akan berada di kemuncaknya dan sukar bagi UMNO-BN menyekat arus ini.  Malah rakyat sudah membayangkan Pakatan Rakyat akan memimpin Putrajaya selepas PRU ke 13 dan telah mengangkat pemimpin Pakatan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke 7 nanti.

Justeru, DPPM bersama Pemuda Pakatan Rakyat bertekad dengan penuh keazaman menjadikan keputusan Mahkamah Tinggi  hari ini sebagai bekal untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan manis tercipta dalam PRU ke 13. Sudah menjadi tanggungjawab besar Pemuda Pakatan Rakyat bagi memimpin kebangkitan anak muda bagi mewarnai landskap politik baru menjelang PRU ke 13.

 

Disediakan oleh;


RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 121 other followers

Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: