TALKSHOW NISA’ WP DAN PEMUDA PAS TITIWANGSA BERLANGSUNG MERIAH

Tinggalkan komen

Januari 9, 2012 oleh pemudawilayah


Program Talkshow anjuran Nisa’ Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Program diadakan pada 8 Januari 2012 bertempat di surau Al Falah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang dihadiri kira-kira 250 orang penduduk tempatan yang memberikan sambutan yang amat memberangsangkan.

Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Surau Al Falah dan ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Mejar (B) Ustaz Abdullah Abdul Wahab, Yang Di Pertua PAS Kawasan Titiwangsa.

Talkshow yang bertajuk ‘Dipenghujung Cintaku’ ini mengetengahkan personaliti terkenal yang telah berhijrah seperti Catriona Ross, saudara Adeep – bekas penyanyi kumpulan Fabulous Cat, Ustazah Teh Izanuri binti Jamaluddin –personaliti televisyen dan moderator oleh Ustaz Syed Mohamad Al Haddad, pendakwah bebas. Walau bagaimanapun, Catriona Ross tidak dapat hadir saat akhir kerana keuzuran.

Saudara Adeep berjaya mencuri hati penonton dengan pengkisahan pengalaman beliau mengharungi kehidupan dan bagaimana beliau boleh berubah. Melalui Ustaz Said Mohamad Al Haddad, beliau mengenali Islam, dan mengenali dunia dakwah. Selama ini menurut beliau, hidupnya seakan kosong tanpa makna sehinggalah akhirnya Allah mencampakkan hidayah kepada beliau.

Ustazah Teh Izanuri pula menarik perhatian penonton dengan realiti kehidupan yang tiada makna tanpa Islam. Hakikatnya ramai yang tersesat dalam mencari kehidupan sebenar sekiranya mereka gagal mengenali Islam dan Islam adalah jalan penyelamat manusia. Ramai manusia terjerumus dengan cinta yang memerangkap kepada runtunan hawa nafsu yang merosakkan akhlak dan akidah umat manusia.

Talkshow diakhiri dengan persembahan khas oleh saudara Adeep yang mendendangkan dua buah lagu beliau berunsurkan dakwah. Rata-rata ramai yang berpuas hati dengan Talkshow ini dan berharap ianya akan dijayakan lagi dalam masa akan datang.

Disediakan oleh;


KHAIRI SYUTINA BT MAHMOOD

Pengarah Nisa’ Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: