USAH BIARKAN WARGA TEMPATAN TERUS MENJADI MANGSA KELDAI DADAH

Tinggalkan komen

Januari 11, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa kebimbangan di atas peningkatan kes sindiket dadah atau keldai dadah yang menggunakan warga tempatan sebagai mangsanya. Dalam laporan terbaru Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk M. Govinden seramai lapan warga tempatan ditahan di KLIA pada tahun 2011. Statistik beliau pada bulan Jun tahun lepas juga menunjukkan seramai 17 wanita tempatan telah ditahan di China, dan ia tidak termasuk negara-negara lain.

DPPM merasa musykil bagaimana trend peningkatan ini boleh berlaku ke atas warga tempatan, khususnya wanita. Bagaimanakah sindiket ini boleh beroperasi di negara ini dengan menjadikan warga tempatan khususnya wanita sebagai mangsanya. Mengapa begitu mudah mereka ini memperdaya wanita sebagai keldai dadah di akhir-akhir ini, seolah-olah warga tempatan terutama wanita menjadi sasaran khusus sindiket dadah antarabangsa. Malah, tindakan mereka seakan sukar untuk dihidu oleh pihak berkuasa sehingga kes kadar ini terus meningkat saban tahun.

DPPM percaya sindiket ini beroperasi menggunakan rangkaian dadah antarabangsa. Dengan kreativiti, mereka mengubah strategi baru operasi mereka sehingga sukar dikesan oleh pihak berkuasa, malah mangsa turut tidak menyedari mereka telah tertipu. DPPM bimbang sekiranya ia tidak dibanteras, lebih ramai wanita rakyat negara ini menjadi mangsa penipuan sindiket ini.

Dalam hal ini, DPPM meminta kerajaan mengambil tindakan segera bagi memastikan tiada lagi kes keldai dadah melibatkan warga tempatan. Pihak kerajaan juga perlu bekerjasama dengan pasukan keselamatan negara-negara lain dalam mengenalpasti rangkaian dadah antarabangsa ini serta berusaha membanterasnya.

DPPM juga menggesa kempen dan penerangan secara meluas perlu diberikan kepada warga tempatan terhadap bahayanya sindiket ini serta modus operandi yang digunakan bagi memperdaya mangsa. Rakyat perlu disedarkan supaya tidak terpengaruh dan terpedaya dengan penipuan mana-mana individu yang mahu menjadikan mereka sebagai keldai dadah. Selain itu, pasukan khas perlu ditubuhkan bagi memantau dan membawa pulang mangsa keldai dadah dari negara-negara lain ke negara ini.

Akhirnya, DPPM menegaskan penyalahgunaan dadah merupakan suatu jenayah besar yang tidak boleh dikompromi kerana kerosakannya terhadap masyarakat dan negara juga amat besar. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan sindiket keldai dadah ini tidak lagi berleluasa tdan warga tempatan bebas dari mangsa sindiket ini.

Disediakan oleh;


RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Januari 2012
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: