BANYAK LAGI INSENTIF WAJAR DINIKMATI RAKYAT DI WP

Tinggalkan komen

Januari 12, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan diskaun untuk bayaran kompaun kesalahan trafik sepanjang bulan Februari ini sempena Hari Wilayah Persekutuan sebanyak RM 30 bagi setiap kesalahan. DPPWP juga memandang baik tindakan DBKL untuk memberikan sewaan percuma dewan serba guna di bawah pengurusan DBKL kepada rakyat pada setiap hujung minggu di sepanjang bulan Februari serta diskaun lima peratus untuk bayaran cukai tanah secara online serta pengurangan 50 peratus tunggakan denda 2012.

DPPWP menganggap tindakan ini merupakan suatu langkah positif DBKL untuk membantu rakyat khususnya mereka yang hidup di bawah paras kemiskinan. Setidak-tidaknya, DBKL memahami kehendak dan keperluan rakyat di Wilayah Persekutuan yang sedia terbeban dengan pelbagai tanggungan. Tambahan pula, usaha ini mampu menyemarakkan semangat warga Wilayah Persekutuan untuk menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari setiap tahun.

 Oleh itu, DPPWP mencadangkan supaya DBKL mempelbagaikan lagi insentif terhadap rakyat. Umum mengetahui bahawa kos hidup di Wilayah Persekutuan terutama di Kuala Lumpur amat tinggi. Dengan pelbagai kos perbelanjaan, cukai, kompaun, dan lain-lain ianya amat membebankan rakyat khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Justeru, DPPWP merasakan diskaun berterusan wajar diberikan tanpa menetapkan tempoh tertentu kepada golongan tertentu seperti Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal serta golongan rakyat yang berpendapatan rendah. Selain itu, DPPWP mengharapkan kemudahan-kemudahan awam di Wilayah Persekutuan termasuk dewan serbaguna, taman permainan, gelanggang permainan boleh dinikmati oleh rakyat secara percuma dan dengan infrastruktur yang baik.

Sesungguhnya pelbagai insentif yang diberikan kepada rakyat merupakan suatu tanggungjawab sosial yang perlu diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Rakyat berhak mendapat segala kemudahan asas dengan baik secara percuma di Wilayah Persektuan tanpa mengira latar belakang dan jalur politik mereka. Dengan demikian, timbulnya persefahaman yang baik antara kerajaan dengan rakyat yang dibalasi dengan pembangunan negara yang sihat, serta  sumbangan yang berterusan dalam pelbagai bentuk oleh rakyat terhadap kerajaan.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: