DOKUMEN PENGGUNAAN WANG ZAKAT : JAMIL KHIR WAJAR LEPASKAN JAWATAN

Tinggalkan komen

Januari 12, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melihat bukti yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung salahguna wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merupakan suatu pembuktian yang besar. Pendedahan tersebut adalah set dokumen berupa baucer bayaran oleh MAIWP sebanyak RM 32,150.00 bertarikh 29 April 2010 serta surat daripada Ketua Audit Negara kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Dengan pendedahan ini, DPPWP mempersoalkan, antara dokumen baucer dan surat Ketua Audit Negara dengan penjelasan MAIWP dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, siapakah yang berbohong dan siapakah pula yang benar? Datuk Seri Jamil Khir dalam kenyataannya menafikan penggunaan wang zakat dan menyatakan MAIWP menggunakan peruntukan kerajaan. Beliau tidak menjawab dakwaan penggunaan wang zakat sebagai pendahuluan kos guaman beliau seperti yang ditanya oleh rakyat.

DPPWP merasa kecewa kerana sekiranya benar MAIWP menggunakan duit zakat tersebut, Datuk Seri Jamil Khir perlu mengaku salah dan meminta maaf di atas tindakan itu. Sebaliknya beliau tidak boleh menyalahkan pihak yang menuduhnya. yang mengemukakan pelbagai bukti. Sepatutnya sebagai manusia yang beriman kepada Allah SWT, beliau perlu bersikap jujur dengan mengaku bersalah dan menyerahkan kepada Perdana Menteri bagi menentukan kedudukannya. Itu lebih baik bagi menandakan keberanian dan kejujuran seorang pemimpin negara.

Dengan pendedahan ini, DPPWP merasa kesal kerana Datuk Seri Jamil Khir sanggup berbohong kepada rakyat untuk menjaga kepentingan diri beliau. MAIWP pula selaku organisasi yang bertanggungjawab menjaga urusan zakat juga sanggup bersekongkol dengan Datuk Seri Jamil Khir bagi menjaga kepentingan diri beliau.

Oleh itu, DPPWP mencadangkan jalan terbaik bagi Datuk Seri Jamil Khir adalah  dengan melepaskan jawatan beliau secara sukarela sebelum lebih banyak dokumen dan bukti didedahkan. Beliau kini telah menjadi suatu liabiliti kepada UMNO-BN untuk menjawab persoalan rakyat mengenai kewibawaan pemimpin-pemimpin mereka yang semakin dipertikaikan.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: