Laporan Polis Isu Penyelewengan Wang Zakat Oleh Pemuda Wilayah

Tinggalkan komen

Januari 17, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 17 Jan – Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad hari ini membuat laporan polis berhubung penyelewengan wang zakat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, dan Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi hari ini.

Jamil, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain melantik syarikat guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bertarikh 28 Januari 2010 bagi mewakili mereka dalam kes tuntutan qazaf bertujuan menghalang kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Kamaruzaman berkata, laporan polis itu dibuat agar MAIWP, Jamil dan Che Mat disiasat di bawah Akta 613 Seksyen 409, Seksyen 415 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan masing-masing berkenaan dengan pecah amanah jenayah oleh perkhidmatan awam atau ejen, menipu dan pecah amanah.

“Bukti mengenai salahguna wang zakat oleh menteri dan pengarah Jawi ini sangat besar dan perlu disiasat segera kerana melibatkan wang rakyat.

“Di Wilayah Persekutuan ini ramai lagi golongan yang memerlukan sukar untuk menerima zakat, tiba-tiba menteri menggunakan wang ini untuk kepentingan peribadi,” kata beliau.

Kamaruzaman merujuk kepada bukti yang didedahkan PKR minggu lalu mengenai perkara tersebut.Ianya merupakan set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucar bayaran bernombor 2010B4112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

Selain itu bukti itu merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan bayaran kedua berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010 digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.Mengulas mengenai kenyataan Jamir bahawa wang itu digunakan untuk menjaga kepentingan Islam, Kamaruzaman berkata ianya adalaha alasan yang tidak logik.

“Datuk Seri Jamil kata boleh guna wang zakat untuk mendaulatkan Islam.”

Dalam kes ini Datuk seri Anwar yang fail kes qazaf dan memohon untuk kesnya dibicarakan di Mahkamah Syariah. Sekarang siapa yang mendaulatkan Islam?” soalnya.

Sementara itu, Timbalannya, Suhaimi Abdul Aziz memberitahu, Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum berhubung perkara itu di pejabat MAIWP, Khamis ini jam dua petang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: