Bekas Menteri Umno Dedah Taktik BOM

Tinggalkan komen

Januari 18, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Mantan Menteri yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno yang mendedahkan kegiatan rasuah Umno ketika Pilihanraya yang lalu. Selama ini Umno menafikan yang mereka mengamalkan rasuah atau membeli undi dengan memberikan wang ringgit dan barangan ketika pilihanraya. Abdul Kadir yang dipetik oleh The Malaysian Insider menegaskan bahawa perkara itu memang berlaku dan disebut sebagai taktik “bom”.

Ternyata Umno belum insaf dan baru-baru ini Presiden dan seluruh pemimpin Umno turun ke serata negeri bagi mengagihkan dana ‘bom’ RM 100 untuk pelajar sekolah, RM 500 untuk isi rumah berpendapatan rendah dan RM 200 untuk pelajar Universiti. Agihan yang sepatutnya dibuat atas nama Kerajaan Malaysia dibuat atas kapasiti Umno-BN bagi memastikan rakyat mengundi mereka dalam PRU-13.

DPPWP juga kesal kerana Kementerian Penerangan, Felda, Felcra, Unit Cawangan Khas (SB) dan agensi lain yang tidak disebut Abdul Kadir secara jelas dipergunakan oleh Umno bagi memenangkan Umno dalam Pilihanraya. Kenyataan Abd Kadir ini jelas menyokong pendedahan  Tan Sri Abdul Rashid, mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)  sebelum ini yang mendedahkan bahawa ada pihak berkepentingan yang menghalang mereka melaksanakan penggunaan dakwat dalam PRU-12 yang lalu bagi memastikan kemenangan Umno-BN. Campurtangan Umno dalam urusan pentadbiran kerajaan begitu kuat, sebab itulah Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya ada ‘caretaker goverment’ selepas parlimen dibubarkan yang bukan kalangan ahli politik yang bertanding dalam pilihanraya.

DPPWP setuju dengan Abdul Kadir ” Umno tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan. Jika anda (Umno) kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia”.

Rakyat harus buka mata. seorang demi seorang yang pernah bekerja untuk Umno kini sudah tampil membuat pengakuan. Begitu liciknya politik Umno-BN bagi memastikan mereka terus berkuasa, walaupun hingga terpaksa mengunakan cara yang keji dan tidak bermaruah. Demi tembolok kekuasaan mereka, apa pun sanggup mereka lakukan. Hakikatnya segala duit yang diberikan adalah dari dana Awam, milik rakyat bukan duit Umno. Bak kata Mursyidul Am PAS, Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, “Umno bagi duit ambil, tapi undi, bagi kat PAS”.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: