Guna Akta Pengambilan Tanah 1960 Untuk Projek MRT Tidak Berperikemanusian

Tinggalkan komen

Januari 18, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengesa  Jabatan Tanah dan Galian (JTG) menarik balik kata dua mereka kepada  pemilik tanah di Jalan Sultan iaitu sama ada mencapai persetujuan dengan MRT Corps menjelang 30 Januari atau akan kehilangan tanah mereka bagi projek pembinaan laluan MRT. Penduduk dan peniaga di kawasan berkenaan bakal menyambut tahun baru cina minggu hadapan namun dengan tekanan dari JTG itu membuatkan sambutan sedikit muram.

Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan tiadanya penganiayaan kepada rakyat yang berhak untuk mempertahankan kediaman dan premis perniagaan mereka. Jalan Sultan antara wilayah yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan sebarang pembangunan diatas tanah di kawasan berkenaan akan menganggu keselesaan rakyat. Malah sebelum ini ada banyak cadangan supaya laluan MRT bawah tanah dijadikan alternatif tanpa perlu memindahkan penduduk atau mengambil tanah mereka.

Pihak MRT Corps perlu berbincang semula dengan penduduk sehinggalah keputusan yang memberikan kebaikan kepada semua pihak dicapai. Penggunaan  Akta Pengambilan Tanah 1960 adalah satu kezaliman dan tidak berperikemanusian. Ini hanya akan memberikan gambaran buruk kepada masa depan pembangunan Kuala Lumpur. Sewajarnya laluan bawah tanah termasuk stesen bawah tanah menjadi alternatif bagi bandar besar seperti Kuala Lumpur yang sepatutnya mencontohi kota London yang mempunyai rangkaian jalan keretapi bawah tanah yang hebat tanpa menganggu bangunan-bangunan yang sedia ada.

Diharapkan pihak JTG tidak mengunakan  Akta Pengambilan Tanah 1960 dan tarikh 30 Januari sewajar tidak berbangkit. Hapuskan sahaja kata dua itu, kembali ke meja rundingan dan fikirkan alternatif lain kerana kita tidak mahu yang berada di Kuala Lumpur nanti hanyalah laluan pengangutan awam semata-mata dan penduduk terus dipinggirkan.

DPPWP menyokong usaha Jawatankuasa bagi Pemuliharaan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan bagi mempertahankan hak mereka dan bersedia memberikan khidmat nasihat dalam isu berkaitan pada bila-bila masa jika diperlukan.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: