SISTEM PILIHANRAYA DI MALAYSIA PERLU REFORMASI MENYELURUH

Tinggalkan komen

Januari 18, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius kenyataan Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir bahawa Barisan Nasional (BN) membeli undi dengan wang tunai dalam kempen pilihanraya umum dengan taktik yang dikenali sebagai ‘bom’ bagi memenangkan mereka dalam pilihanraya.

Bagi DPPM, dakwaan ini amat berat kerana melibatkan penyelewengan kuasa dan rasuah yang melibatkan UMNO dan Barisan Nasional. Tambahan pula dakwaan ini dilontarkan oleh bekas Menteri Kabinet dan merupakan bekas pemimpin UMNO. Pengakuan beliau berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi anggota Kabinet dan beliau mendakwa melihat sendiri aktiviti pembelian undi dilakukan.

Dakwaan Tan Sri Datuk Abdul Kadir membenarkan telahan ramai bahawa selama ini BN sememangnya menggunakan wang tunai untuk membeli undi setiap kali pilihanraya. Oleh kerana itu, tidak salahlah keraguan yang timbul dalam fikiran rakyat terhadap perjalanan pilihanraya di negara ini yang berlangsung dalam suasana tidak sihat selama ini.

Justeru, DPPM mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Pilihanraya  (SPR) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat termasuk pemimpin tertinggi yang mengarahkan operasi ini dilakukan. SPRM perlu menyiasat dan membongkar penyelewengan ini supaya rakyat mengetahui bahawa siapa yang mengikut arus demokrasi yang tulen dan siapa pula yang berbohong kepada rakyat melalui pilihanraya. Rakyat juga ingin mengetahui sejak bilakah aktiviti ini dilakukan dan berapakah jumlah dana yang diperuntukkan oleh UMNO-BN bagi aktiviti haram ini.

Dengan demikian, DPPM merasakan sewajarnya juga himpunan Bersih 3 digerakkan sekiranya semua tuntutan Bersih 2 termasuk syor dan cadangan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) tidak dilaksanakan. Hanya dengan reformasi menyeluruh akan memastikan perjalanan pilihanraya di negara ini berlangsung dengan bersih, adil dan telus. DPPM melihat tidak ada gunanya penyertaan Pakatan Rakyat dalam setiap kali pilihanraya sekiranya reformasi tidak dilakukan kerana ia sekadar mengulangi episod penipuan seperti yang berlaku sebelum ini. Akhirnya, DPPM juga percaya tidak ada sesiapa pun rakyat di negara ini rela dengan sistem pilihanraya yang kotor, busuk dan jahat seperti yang ada sekarang ini.

Disediakan oleh;


RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: