KERABAT BERI KESEDARAN KEPADA BEKAS TENTERA

Tinggalkan komen

Januari 19, 2012 oleh pemudawilayah


TAMAN PERPADUAN: Pelancaran Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) Parlimen Tambun telah diadakan di Dewan Komuniti Perpaduan, Ulu Kinta dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh NGO itu disini.

Pengerusi KERABAT Perak, Sdr.Zulkafli Daud 55, dalam ucapannya menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipercayai dapat membela masa depan bekas angkatan tentera dengan lebih baik, sekiranya agenda PR  menduduki Putrajaya dapat direlisasikan, sambil menyeru agar ramai lagi bekas-bekas angkatan tentera menyertai KERABAT yang akan ditubuhkan diseluruh tanahair.

Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir meraikan majlis tersebut ialah Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Mantan Menteri Besar Perak, Presiden KERABAT Kebangsaan, Lt. Kol (B) Hj.Mohd Nazari Mokhtar, Mantan Speaker DUN Perak, Dato’ S. Sivakumar dan Timb. Pesuruhjaya PAS Perak, Tn.Hj.Razman Zakaria.

Terdahulu, Dato’ Seri Nizar Jamaludin menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang bekas tentera yang telah cacat anggota, Ali bin Mohamad 59, yang mendakwa tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang berwajib walaupun beliau telah beberapa kali memohon bantuan daripada agensi-agensi kerajaan.

Dalam majlis yang sama, Dato’ Seri Nizar Jamaludin turut menyampaikan watikah perlantikan penasihat KERABAT Negeri Perak kepada Laksamana Pertama (B) Hj.Mohd Imran Hj.Abd.Hamid yang baru dilantik.

Dato’ Seri Nizar Jamaludin dalam ucapannya mengucapkan tahniah diatas jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh bekas-bekas perajurit yang pernah berada diperbatasan tanahair, demi untuk menjaga kedaulatan negara ketika berkhidmat sebagai angkatan tentera. PR memandang berat terhadap kebajikan bekas-bekas tentera yang dilihat telah diabaikan oleh kerajaan selepas mereka bersara daripada perkhidmatan.

Merujuk kepada kertas ketetapan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) 1972, bekas-bekas angkatan tentera berhak memohon daripada kerajaan negeri, seluas 10 ekar tanah untuk pertanian dan 2 lot tanah untuk tapak rumah apabila bersara, tetapi telah dinafikan oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab setelah mereka menolak hampir 99 peratus permohonan pesara tentera untuk mendapatkan hak mereka itu berdasarkan PMAT 1972.

Jasa dan pengorbanan bekas anggota tentera yang telah mempertahankan kedaulatan setiap inci tanah negara ini seperti tidak dihargai, pesara tentera menghadapi kesukaran untuk menyambung kehidupan selepas tamat perkhidmatan bagi menanggung keluarga.

Pada hari ini, bekas tentera tidak mendapat apa-apa keistimewaan yang dapat menjamin masa depan seperti dianugerahkan sebidang tanah untuk diusahakan bersama keluarga, PR melihat keadaan ini dari aspek pengorbanan yang telah dicurahkan angkatan tentera. Oleh kerana tidak ada cara lain terpaksalah mereka terus bekerja dipondok-pondok pengawal keselamatan dengan pendapatan yang kecil untuk menyara keluarga. Atas kesedaran ini, PR telah berjanji akan memberikan ganjaran yang setimpal dalam urusan hal-ehwal kebajikan pesara-pesara tentera sekiranya PR berjaya menguasai pemerintahan di Putrajaya nanti.

Menurut Dato’ Seri Nizar Jamaludin, seluruh bekas angkatan tentera di tanahair mesti bijak menilai tawaran PR bagi menjaga kebajikan yang telah diabaikan oleh pihak-pihak yang berwajib. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya bekas angkatan tentera membuat perubahan demi untuk menyelamatkan negara melalui peti undi dengan menyokong PR yang akan datang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 121 other followers

Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: