‘GERAM’: PLATFORM ANAK MUDA MELAKUKAN PERUBAHAN

Tinggalkan komen

Januari 27, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) akan melancarkan Gerakan Anak Muda (GERAM) Kuala Lumpur bagi menerajui kebangkitan anak-anak muda khususnya di sekitar Wilayah Persekutuan. Majlis Pelancaran GERAM akan diadakan pada 28 Januari 2012, bermula jam 8.0 malam bertempat di Darul Ummah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan akan disempurnakan oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Dijangka seramai 150 anak-anak muda sekitar Kuala Lumpur akan hadir pada majlis tersebut

Sesuai dengan namanya, GERAM adalah platform bagi anak muda melepaskan amarah dan amukan mereka melihat segala kebobrokan dan keabsahan yang berlaku dalam negara ini. Anak Muda pastinya GERAM melihat telatah pemimpin negara yang meratah harta rakyat demi kepentingan diri mereka sendiri. Isu penyelewengan wang zakat, penyelewengan kuasa dalam isu skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC), kelulusan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang mengenepikan hak penduduk, rampasan tanah-tanah orang Melayu di Kuala Lumpur, Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Akta Pekerja dan lain-lain adalah episod kemarahan anak muda terhadap pemerintah.

Selain  itu, kadar pengangguran yang meningkat, kos sara hidup yang bertambah serta kadar jenayah terutama di ibu kota yang bertambah semakin menaikkan suhu kemarahan anak-anak muda. Anak Muda merasa GERAM kerana selama berpuluh tahun negara merdeka, dan dengan limpahan kekayaan harta negara, kehidupan rakyat di ibu kota masih tidak berubah. Masih ramai yang hidup di bawah paras kemiskinan, gagal memiliki rumah sendiri, keselamatan mereka dan keluarga sentiasa terancam, serta pendapatan yang jauh dari kemampuan sebenar mereka. Kebanyakan anak muda merasa hampa kerana pemerintah yang mereka letakkan harapan untuk membela mereka gagal membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat yang semakin terbelenggu dengan faktor kemiskinan bandar.

GERAM adalah landasan terbaik mengumpulkan anak-anak muda bagi menyatakan noktah terakhir kepada UMNO-BN dalam PRU ke 13. Bermula dari titik itu, GERAM akan terus meluncur laju sesuai dengan kehendak anak-anak muda. Taqwim aktiviti disajikan sebagai menarik anak-anak muda menyertai GERAM.  Antaranya Hi Tea Anak-anak Muda PPR Jelatek bersama artis terkenal serta Pimpinan PAS Pusat pada 19 Februari 2012, Santai Anak Muda dan BBQ di Desa Pandan pada 24 Februari 2012, ‘Lunch Hour’ Anak Muda Alam Shah pada 25 Februari 2012 di kawasan sekitar Masjid Alam Shah, Konvoi dan Rehlah Anak Muda Kampung Baru di Sungai Sendat pada 4 Mac 2012, serta Pertandingan Futsal Inter Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Titiwangsa pada 25 Mac 2012. Kemuncak daripada ini adalah Program Talk Show yang akan menampilkan Ustaz Azhar Idrus bersama artis terkenal tanahair yang akan diumumkan tarikhnya kelak.

GERAM bertekad mahu membina sebuah lanskap baru politik Malaysia yang bersih dan bebas dari penyelewengan dan mengangkat pemimpin yang cakna kebajikan rakyat terutama anak-anak muda. Anak Muda wajib berubah, demi selamatkan Malaysia!

Disediakan oleh;

 

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Januari 2012
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: