PAS PUTRAJAYA ANJUR ‘MAKAN TENGAHARI SEMPENA MAULIDUR RASUL SAW BERSAMA YB SALAHUDDIN AYUB’

1

Januari 30, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Putrajaya akan menganjurkan ‘Makan Tengahari sempena Maulidur Rasul SAW bersama Naib Presiden PAS, YB Hj Salahuddin Ayub’ pada hari Ahad, 5 Februari 2012 bertempat di Dewan Kondominium Saujana Aster, Jalan P11H/1, Presint 11, Putrajaya.

Program ini diadakan bertujuan menyemai cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW dengan menjadikan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiulawal setiap tahun sebagai syiar. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah insan termulia di antara semua makhluk dan baginda adalah ikon yang wajib dicintai oleh setiap umat Islam.

Sebagai insan teladan dan teragung, peribadi, tingkah laku, akhlak, watak kehidupan dari sudut peribadi, keluarga, masyarakat dan kepemimpinan Nabi Muhammad SAW merupakan sunnah yang perlu dicontohi. Justeru, program ini menjadi suatu wadah umat Islam melahirkan kecintaan dan kasih terhadap Rasulullah SAW.

Selain daripada itu, program makan tengahari ini disasarkan untuk mengutip dana bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa. PAS Putrajaya mensasarkan kutipan sebanyak RM 50,000.00 akan berjaya dikutip dengan program yang dianjurkan ini. Tiket berharga RM20.00 seorang dijual dengan harapan penyertaan daripada pelbagai peringkat. Tiket boleh didapati dengan menghubungi Dr Hairul di talian 013 3680182.

Sebagai simbolik kepada kemenangan rakyat pada PRU ke 13, Putrajaya seringkali disebut dibibir rakyat oleh mereka yang dambakan sebuah kerajaan baru yang adil, bersih, berkebajikan, telus dan amanah yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Impian ini tidak akan terlaksana mealinkan ‘diruntuhkan’ tembok Putrajaya terlebih dahulu dalam PRU ke 13 dan PAS Putrajaya sedang bersedia menghadapinya!

Disediakan oleh;


MOHD KHOIROL ANWAR BIN MAT ZUKI

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Putrajaya

One thought on “PAS PUTRAJAYA ANJUR ‘MAKAN TENGAHARI SEMPENA MAULIDUR RASUL SAW BERSAMA YB SALAHUDDIN AYUB’

  1. abe berkata:

    en khairul tlg dapatkan laman web terbaru Pas Putrajaya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Januari 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: