JATI SANGGUP MENEBAS KEMUNGKARAN UMNO?

2

Februari 2, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Datuk Dr Hassan Ali benar-benar berperanan sebagai ‘kuasa ketiga’ dengan memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-Raja dengan menubuhkan sebuah NGO –JATI dan tidak mewakili sentimen mana-mana pihak yang berkepentingan.

DPPM mengalu-alukan sekiranya Dr Hassan benar-benar mahu menegakkan ‘amar ma’ruf nahi mungkar’ tanpa mengira latar belakang sasarannya. Dalam hal ini, DPPM berpendapat JATI harus berdiri tegak atas platform nya sendiri dengan menjadi sebuah NGO yang bebas dari kongkongan mana-mana parti politik tertentu. Dr Hassan Ali sebagai pengemudinya harus bertindak rasional dalam memperjuangkan Islam di negara ini. Beliau tidak boleh memperpanjang sentimen isu pemecatannya kerana ia boleh dilihat sebagai agenda peribadi, bukan agenda umat Islam di negara ini. Beliau juga tidak boleh cenderung atau ‘bias’ kepada mana-mana pihak supaya dilihat benar-benar ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu. Jika tidak beliau hanya dilihat sebagai ‘budak suruhan’ kepada pihak tertentu terutama kepada parti pemerintah jika beliau hanya menjadikan Pakatan Rakyat dan pemimpinnya sebagai sasaran kecaman beliau.

Apa yang menghairankan, beliau hanya menyerang pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat, sedangkan kemungkaran lebih besar ada pada kuasa pemimpin utama di negara ini. DPPM kecewa kerana Dr Hassan Ali hanya melihat kesalahan yang ada dalam PAS dan menuduh segelintir pemimpin PAS sebagai ‘parasit’. Beliau juga agresif dalam menyerang PKR dan DAP. Namun kemungkaran besar dan ‘bapa parasit’ yang dilakukan oleh pemimpin UMNO-BN sedikitpun beliau tidak kisah.

Jika betul beliau mahu memperjuangkan aqidah umat Islam, seharusnya UMNO terlebih dahulu dan patut diserang kerana ditangan pemimpin merekalah aqidah umat tergoncang. UMNO pemilik kuasa di negara ini telah memerintah berpuluh tahun dan mereka mempunyai kuasa dalam meluluskan Akta, Undang-Undang, dan penguatkuasaan di negara ini. Dr Hassan Ali elok bertanya kepada pemimpin UMNO apakah yang telah diperbuat setelah negara merdeka sekian lama, masalah aqidah umat Islam masih merupakan masalah utama kepada umat Islam. Cuba tanya pemimpin UMNO, mahukah mereka melaksanakan Hukum Islam secara menyeluruh dan bila lagi ianya hendak dilaksanakan?

Jika pemimpin Pakatan Rakyat dituduh sebagai ejen Israel, Dr Hassan juga perlu menyemak latar belakang UMNO dan pemimpinnya. Mungkin JATI boleh menyemak penglibatan APCO di negara ini dan kaitannya dengan Israel serta syarikat AsiaSoft sebagai mengawal sistem komunikasi PDRM. Cuba semak siapa dibelakang syarikat ini dan kaitannya dengan Israel.

Selain itu, isu penyelewengan wang zakat oleh pemimpin umat Islam wajar diberikan perhatian dan mesti dijadikan agenda bertindak oleh JATI. Wang zakat adalah milik asnaf umat Islam dan tidak wajar pemimpin umat Islam menyalahgunakan wang tersebut. DPPM mengajak JATI untuk turut lantang membantah isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah kerana ia juga adalah suatu ‘amar ma’aruf nahi mungkar’ yang perlu ditegakkan di negara ini.

DPPM menasihatkan JATI dan Dr Hassan Ali supaya jangan mengambil sikap ‘semut seberang lautan nampak, tetapi gajah didepan mata tidak kelihatan’. Jika tidak, gelagat beliau dalam perjuangan JATI hanya menjadi bahan gelak ketawa rakyat sahaja.

 

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

2 thoughts on “JATI SANGGUP MENEBAS KEMUNGKARAN UMNO?

  1. alberangque berkata:

    JATAI itu nama program yang disusun oleh Dr Hassan Ali ketika menjadi orang kuat BTN. Saya ada simpan sebahagian program JATI beliau…

  2. Nuihs berkata:

    Sdr Rezuan ini soal akidah , BN ada yg tak betul tapi bukan soal akidah. DHA nak persoal kenapa nak di halang apabila DHA cuba membangkitkan soal murtad, kenapa? Sela;lu Tok Guru pesan soal akidah jangan main main tapi apabila nak menyelamatkan akidah bukan setakat tak sokong siap DHA salah pula. Tapi kalau Pakatan menang saudara akan dapat byk jawatan silap silap setiusaha parlimen kementrian Rais Yatim, DHA terlalu byk jasa kepada agama masyarakat tapi saudara dah sumbang apa. Sepatutnya saudara menyokong segala yg baik untuk agama . Di Selangor saudara dah sumbang apa kepada agama dan masyarakat. Setiap tindakan peduli apa untung rugi di dunia yg penting di SANA . Takut di sini untung tapi di SANA rugi. Renung sikit saudara seagamaku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: