PAS KECAM KENYATAAN PENGERUSI EKSEKUTIF LYNAS

1

Februari 2, 2012 oleh amalwp


PAS menyelar kenyataan Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis yang mendakwa bahawa PAS menyokong kilang Lynas dan isu tersebut hanya merupakan pandangan sebelah pihak dari Fuziah dan PKR sahaja.

Dakwaan tersebut berniat jahat untuk memesongkan fokus rakyat berkenaan isu sebenar yang timbul berikutan pembinaan kilang kontroversi tersebut dan berniat untuk memecah-belahkan penentangan rakyat terhadap operasi mereka.

Perjuangan menentang pembinaan dan pengoperasian kilang tersebut adalah perjuangan semua golongan rakyat yang prihatin tanpa mengira kaum, agama dan bangsa demi memelihara alam sekitar dan masa depan generasi akan datang.

Malangnya sebahagian besar masyarakat Melayu disekat dari mendapat maklumat yang telus dan terbuka tidak sebagaimana masyarakat Cina yang bebas menilai maklumat dan membuat penilitian berdasarkan ilmu dan akal yang waras selepas menilai pelbagai kemungkinan dan kesan yang akan timbul kelak. Maklumat yang disampaikan kepada kebanyakan rakyat terutamanya orang Melayu lebih berbentuk satu hala dan lebih kepada momokan yang memburukkan mereka yang menentang kilang tersebut.

PAS adalah konsisten melalui dan tidak pernah berganjak dari pendirian awal menentang projek tersebut. Usul yang di bawa oleh Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota disokong sebulat suara lalu di panjangkan kepada Muktamar PAS Kawasan Indera Mahkota yang juga disokong secara konsensus. Usul ini kemudiannya dipanjangkan ke peringkat PAS negeri Pahang dan seterusnya diluluskan dalam Muktamar PAS Pusat.

PAS Indera Mahkota seterusnya menubuhkan Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR) bagi menyelaraskan asktiviti dan gerak kerja mewakili parti bagi menentang projek tersebut dan BADAR kini merupakan organ parti yang bernaung di bawah Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.

Tuan Guru Presiden PAS telah menyerahkan mandat PAS kepada Lajnah Alam Sekitar di bawah pimpinan Haji Zulkefly Mohamad Omar untuk bersama-sama dengan penduduk Pahang menentang projek ini.

Kehadiran dan sokongan dua tokoh utama PAS iaitu Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis makan malam  Perdana bagi mengutip dana untuk tindakan mahkamah ke atas Lynas pada 7hb Januari 2012 yang lalu satu lagi isyarat jelas pendirian kepimpinan utama PAS terhadap isu Lynas.

Penglibatan segelintir ahli dan penyokong yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung adalah atas dasar peribadi dan tiada kena mengena dengan dasar dan pendirian PAS. Justeru itu, tidak timbul isu PAS menyokong Lynas sebagaimana yang di putar-belitkan oleh Curtis dan golongan-golongan yang berkepentingan dalam projek tersebut.

Pendirian Curtis bahawa pelabur asing tidak akan datang ke Malaysia sekiranya pembangkang membatalkan projek ini apabila berkuasa nanti adalah sama sekali tidak berasas. Saya bersetuju dengan kata-kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bahawa sebaliknya pelabur asing mana yang sanggup datang ke Kuantan yang bakal dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi kerana radiasi kilang Lynas tersebut.

Sebaliknya Curtis perlu menjawab dengan jujur mengapa kontractor AkzoNobel yang membekalkan resins untuk pembinaan kilangnya di Gebeng seperti yang didedahkan New York Times. Bagaimana pula masalah kelembapan yang dibangkit AkzoNobel yang menjadi sebab penarikan kontraktor tersebut dalam pembinaan tangki pemprosesan nadir bumi, yang dikatakan tidak stabil dan bakal berlaku kebocoran dan menyebabkan pencemaran?

PAS tegas dengan keputusannya dan berjanji akan menghalang kilang Lynas habis-habisan. Sekiranya kita diberi kuasa memerintah kelak, PAS berjanji akan memansuhkan operasi kilang ini dengan serta merta.

Seperti kata Murshidul Am, rakyat boleh membantu untuk menghentikan kilang Lynas dengan mudah – Buang BN, Ambil PR!

Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Pesuruhjaya PAS Pahang

One thought on “PAS KECAM KENYATAAN PENGERUSI EKSEKUTIF LYNAS

  1. Nuihs berkata:

    Kalau di lihat dari dulu lagi apa saja Tun M buat semua tak betul, Lebuhraya U-S, kereta nasional,jambatan PP, Putrajaya, tapi sekarang ramai pulak teringin nak tinggal d Putrajaya, Lebuhraya – kalaulah tak buat Mahfuz pergi KL kena naik bas dulu 12 jam kalau 2012 takdak Lebuhraya apa kan jadi, Bangang2 Khir Toyo nak buat inserator jadi juga isu sekarang sampah di Selangor dah jadi juara sampah dankini Lynas pula. Tak bolehka kita menjadi pembangkang yg hebat ini tidak yang menjadi mangsa rakyat. IR PKR dah jelaskan tapi Zuraidah nak buat isu juga . Selagi Pakatan mengangkat DSAI sebagai ketua tunggulah Pas lah yg akan merana sebab org Pas faham agama tapi saja buat2 tak faham janji Putrajaya. Bala menanti Pas percayalah. Ramai ahli Pas sangsi dgn DSAI dan percaya dlm video itu Anwar tapi apakan daya ramai pemimpin Pas teringin nak ke Putrajaya . Yg sedih ramai pemimpin Pas arahkan mainkan isu Rosmah dikampung kampung. Bila ditanya kenapa sanggup fitnah kata ahli Pas janji Putrajaya. Sangat menyedihkan org yg faham agama sanggup bersikap memfitnah dan yang menjadi bahan perli masyarakat adalah ahli ahli Pas. Ramai dikalangan ahli tension asyik dok kena perli sebab dah tak tahu nak jawab apa . Tenguk video tu lg serabut kepala otak. Pemimpin macam macam boleh jawab ana tak tgk no komen kami yg tgk nak jawab apa. Rasa rasa dah tak mampu nak bersubahat. Kalau Tuhan ambil nyawa esuk lusa mampus nak jawab, nak jawab apa kat Malaikat ??? Putrajaya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: