JAMIL KHIR BAKAL MENGIKUT JEJAK KHIR TOYO?

1

Februari 3, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Datuk Seri Jamil Khir tampil memberi penjelasan di atas dakwaan terbaru seperti yang didedahkan oleh Sdr Mohd Nasaie Ismail, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bahawa beliau didakwa menggunakan wang Yayasan Taqwa untuk melaksanakan beberapa program di kawasan Jerai, Kedah.

DPPM melihat pendedahan ini amat berat kerana ia melibatkan nama baik dan reputasi beliau sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. DPPM merasakan jika benar dakwaan ini, ia merupakan suatu lagi skandal yang serius yang dilakukan oleh Datuk Seri Jamil Khir. Sebelum ini negara dihebohkan bagaimana dengan mudah dana zakat digunakan sebagai pendahuluan untuk membiayai kos guaman beliau bersama dua orang pegawainya.

Dalam dakwaan tersebut, dinyatakan bahawa dana daripada Yayasan Taqwa digunakan bagi  melaksanakan beberapa program di kawasan Jerai, Kedah. Yayasan Taqwa pula adalah sebuah agensi yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dananya adalah dari peruntukan MAIWP. Timbul persoalan adalah bagaimana wang Yayasan Taqwa boleh terlepas keluar sehingga sampai ke Jerai? Besar sangatkah dana yang sepatutnya dinikmati oleh umat Islam di Wilayah Persekutuan sehingga boleh sampai sehingga ke Jerai, Kedah? Lebih menggusarkan adalah beliau dikhabarkan akan bertanding di Parlimen tersebut, yang menyebabkan timbulnya tohmahan umum bahawa dana itu adalah untuk kegunaan peribadinya, bukan untuk rakyat. DPPM khuatir dakwaan ini akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap pemimpin-pemimpin negara kerana kerap terpalit dengan skandal yang memalukan.

Dalam hal ini, DPPM berpendapat Datuk Seri Jamil Khir perlu berterus terang dengan menjelaskan perkara sebenarnya dan membuktikan bahawa beliau tidak terlibat atau tidak menggunakan dana tersebut seperti yang didedahkan. Sebaliknya, jika beliau benar-benar menggunakannya, beliau perlu memohon maaf kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan dan mengembalikan dana yang digunakan di Parlimen Jerai kembali ke Yayasan Taqwa.

DPPM mengingatkan Datuk Seri Jamil Khir agar tidak mengikut jejak bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang telah didapati bersalah di mahkamah kerana kesalahan rasuah. Rakyat sedang memerhatikan setiap langkah beliau dan tidak mustahil beliau boleh terjerumus sama seperti Khir Toyo!

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

One thought on “JAMIL KHIR BAKAL MENGIKUT JEJAK KHIR TOYO?

  1. Geng Pas KL berkata:

    1) Timbul persoalan adalah bagaimana wang Yayasan Taqwa boleh terlepas keluar sehingga sampai ke Jerai?

    Yayasan taqwa memang menyalurkan bantuan ke luar Wilayah Persekutuan, sebab untuk di Wilayah Persekutuan, sudah ada Baitulmal, bukan ke akan bertembung nanti kalau dua dua salur bantuan di Wilayah Persekutuan.

    Majoriti pembayar zakat di Wilayah Persekutuan adalah mereka yang asalnya bukan penduduk Wilayah Persekutuan, sebaliknya orang orang yang berhijrah ke Wilayah Persekutuan (DPPM tak tahu ke ?). So, bukan kah baik sekiranya dana itu disalurkan balik ke luar wilayah ?

    Jerai bukan satu satunya tempat Yayasan Taqwa menyalurkan bantuan. DPPM boleh check, di Kelantan, dan negeri negeri lain juga ada disalurkan. Cuma isu di Jerai sahaja dipolitikkan sebab menteri berasal dari sana.

    2) DPPM mengingatkan Datuk Seri Jamil Khir agar tidak mengikut jejak bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang telah didapati bersalah di mahkamah kerana kesalahan rasuah.

    Tiada kena mengena langsung isu rasuah dalam kes ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: