TERGAMAK ADA YANG SANGGUP MELETAK KEPALA BABI DI MASJID

Tinggalkan komen

Februari 3, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Wilayah Persekutuan mengutuk tindakan pihak tertentu yang meletakkan kepala babi di Masjid Hidayah, Sentul semalam. Ia mengulangi episod setelah sebuah masjid di Rawang beberapa hari lepas menerima nasib yang sama apabila ada individu tidak bertanggungjawab melemparkan kepala babi di masjid tersebut. Pastinya tindakan ini bukan suatu kebetulan, melainkan perancangan licik dan jahat oleh mereka yang berhati syaitan.

Bagi PAS WP, tindakan sedemikian merupakan suatu tindakan keterlaluan dan di luar batasan kemanusiaan. Meletakkan kepala babi di masjid seperti menghina rumah Allah dan agama Islam. Tindakan ini tidak akan menguntungkan sesiapa, sebaliknya ia akan mengundang kemurkaan Allah.

Pelaku tindakan ini berniat jahat dengan menjadikan objek kepala babi sebagai bahan jenakanya bagi meruntun hati umat Islam. Orang ini seperti mahu mencetuskan sentimen ‘api perkauman’ atau keagamaan. PAS WP mengesyaki motif tindakan ini adalah untuk menghina dan mengguris hati umat Islam supaya umat Islam bangkit dan seterusnya akan menyebabkan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tergugat.

PAS WP bimbang sekiranya tindakan ini adalah suatu usaha berterusan bagi mencemarkan institusi penting umat Islam ini. Selepas ini, masjid mana pula akan menjadi mangsa dengan ‘serangan’ kepala babi seperti ini? Justeru itu, PAS WP meminta pihak polis mengambil tindakan segera dengan menyiasat petualang di sebalik kejadian-kejadian ini. Mereka yang terlibat perlu diambil tindakan tegas dan dihadapkan ke muka pengadilan. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pula diminta segera bertindak bagi memastikan keselamatan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan terpelihara bagi mengelak kejadian sama berulang.

Akhirnya, PAS WP  bertegas bahawa tindakan ini adalah salah dan berdosa besar kerana ia mencemarkan rumah Allah SWT dan menghina agama Islam. Sekiranya individu yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut adalah orang Islam, PAS WP meminta individu tersebut insaf dan bertaubat dengan segera. Tindakan ini bukan budaya masyarakat bertamadun di negara ini dan bukan ajaran Islam, dan rakyat sesekali tidak mengizinkan tindakan ini berlarutan. Jangan sampai umat Islam sendiri menangkap dan menghukum mereka yang terlibat dengan insiden ini!

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: