JANGAN JADIKAN ‘VALENTINE’S DAY’ SEBAGAI HARI PEMUAS NAFSU

Tinggalkan komen

Februari 8, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Wilayah Persekutuan berharap semua pihak terutama media-media utama di negara ini tidak memainkan peranan mempromosikan Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang biasa disambut pada 14 Februari setiap tahun kerana ia boleh menyumbang kepada gejala keruntuhan akidah dan akhlak khususnya remaja di negara ini. Dalam hal ini, PAS WP ingin memberi ingatan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwanya berkenaan hukum menyambut Valentine’s Day:

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.”

Dengan gejala sosial yang semakin meningkat seperti pergaulan bebas lelaki dengan perempuan, berzina, bersekedudukan, pelacuran sehingga membawa kepada perlakuan jenayah seperti rogol, buang anak, dan lain-lain lagi, sudah tentu perayaan mengarut seperti Valentine’s Day ini juga menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar gejala sosial yang semakin parah di negara ini. Tambahan pula, dengan kepesatan bandaraya besar seperti Kuala Lumpur ini yang menjadi pusat kepada kelab-kelab malam, pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut, hotel bajet serta rumah tumpangan, disamping konsert-konsert yang dianjurkan, gejala sosial sudah seakan tidak terkawal.

PAS WP merasa bimbang dengan semua aktiviti hiburan yang diadakan di negara ini. Justeru, media tidak sewajarnya menambah rancakkan lagi promosi Hari Kekasih atau Valentine’s Day.  Selain itu, PAS WP juga meminta pengusaha-pengusaha restoran, hotel, rumah tumpangan, dan lain-lain tidak mempromosikan hari tersebut dengan pelbagai tawaran menarik seperti diskaun, pakej tertentu, harga promosi dan lain-lain lagi. PAS WP mengingatkan bahawa usaha mempromosi hari tersebut boleh mengundang dosa kerana membantu mempromosikan aktiviti maksiat yang telah dihukumkan haram.

Akhirnya, PAS WP menasihati remaja dan belia di Wilayah Persekutuan agar menunjukkan akhlak dan tauladan yang baik dalam setiap masa. ‘Valentine’s Day’  bukan budaya umat Islam dan jangan jadikan hari tersebut sebagai hari melepas nafsu bersama pasangan masing-masing.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: