AMERIKA DAN ISRAEL MAHUKAN PERUBAHAN ATAU TAKUT PERUBAHAN DI MALAYSIA?

Tinggalkan komen

Februari 14, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad berada dalam ‘sindrom ketakutan’ sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa Amerika Syarikat dan Israel berminat melihat kerajaan di Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia.

DPPM hairan bagaimana Tun Dr Mahathir boleh mengaitkan perubahan yang dimahukan rakyat dengan kemahuan Amerika Syarikat dan Israel. Persoalannya, apakah setiap perubahan yang berlaku di negara di dunia ini adalah kerana percaturan Amerika Syarikat atau Israel? Bagaimana sekiranya negara-negara di dunia ini terus kekal diperintah oleh kerajaan rejim selama berpuluh tahun sebenarnya kerana keinginan Amerika Syarikat atau Israel bagi menjaga kepentingan mereka.

DPPM melihat ucapan Tun Dr Mahathir seperti menghina rakyat Malaysia. Beliau sepatutnya belajar mengormati rakyat di negara ini. Untuk pengetahuan Dr Mahathir, rakyat Malaysia bukan bodoh untuk mengikut telunjuk Amerika Syarikat dan Israel. Rakyat Malaysia sudah matang dan bijak berpolitik. Mereka mahukan perubahan bukan kerana desakan Amerika Syarikat atau Israel, sebaliknya disebabkan rasa muak dan jelak terhadap pemerintahan UMNO-BN yang korup. Rakyat sebenarnya benci melihat gelagat pemimpin UMNO-BN yang rakus dalam membaham harta rakyat dan negara. Sudah 54 tahun negara ini merdeka namun negara ini semakin teruk dan punah dengan penyalahgunaan kuasa.

Kenyataan Tun Dr Mahathir seperti membenarkan hakikat bahawa UMNO-BN berada dalam zon bahaya. Beliau semacam mengakui bahawa masa depan UMNO-BN semakin kelam kerana telah nampak jelas penolakan rakyat terhadap mereka. Justeru, untuk mengalihkan perhatian rakyat, beliau menuding jari ke arah Pakatan Rakyat dengan tuduhan bahawa Pakatan Rakyat mengikut telunjuk Amerika Syarikat dan Israel atau perubahan ini adalah kerana keinginan kedua-dua negara tersebut.

Justeru itu DPPM meminta Tun Dr Mahathir berpolitik secara bijak dan matang. Sebaiknya, beliau mencari isu-isu yang lebih mendekati rakyat daripada menuduh tanpa fakta yang sebenar.

Akhirnya, DPPM meyakini PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mengambil pendekatan lebih tegas terhadap kejahatan Amerika Syarikat dan Israel sekiranya PR memerintah kelak.  DPPM percaya, tidak ada hubungan akrab dan intim antara pemimpin negara ini dengan Israel atau Amerika Syarikat sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya dalam PRU ke 13!

 

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Februari 2012
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: