PAS gesa Ahmad Said mohon maaf

Tinggalkan komen

Februari 16, 2012 oleh pemudawilayah


SHAH ALAM – Pas menggesa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memohon maaf dan menarik balik kenyataannya pada 8 Februari lalu bahawa Pas adalah parti ajaran sesat.

Ahmad enggan berbuat demikian walaupun diminta sebelum ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas kesal de­ngan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Umno Tereng­ganu itu bahawa Pas adalah parti ajaran sesat.

“Tuduhan tersebut melampau. Keceluparan Ahmad kita serah kepada ALLAH SWT.

“Hingga ke saat ini parti tidak bercadang untuk mengambil tindakan perundangan terhadapnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Ahmad dilaporkan enggan tunduk kepada desakan Pas menarik balik kenyataannya mendakwa parti itu sebagai ajaran sesat. Beliau diberikan tempoh selama tiga hari untuk berbuat demikian.

Ahmad dilaporkan berkata demikian pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal bahawa penyelewengan dan kesesatan yang dibawa Pas terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama diketahui rakyat.

Ahmad mendakwa bukti jelas dan nyata, adalah Amanat Haji Hadi dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah.

Tuan Ibrahim menegaskan, tindakan mahkamah akan difikirkan selepas ini dengan Pas Terengganu.

“Sekarang kita sibuk menumpukan perhatian membuat persediaan menghadapi pilihan raya akan datang. Kita tidak mahu fokus kita terganggu.

“Pas Terengganu diminta menumpukan kepelbagaian program di Dewan Un­dangan Negeri (Dun) Kijal yang diwakili Ahmad bagi memastikan beliau tewas dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Pas akan serang habis-habisan di kawasan Dun Kijal dan juga akan mengadakan solat hajat untuk kemenangan Pas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: