Pejabat JK Bertindak Kg Baru akan dibuka

Tinggalkan komen

Februari 17, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 16 Feb: Pejabat Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kampung Baru (JKBPKG) akan dibuka secara rasmi beberapa hari lagi bagi memudahkan penduduk berurusan di situ.

Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi (gambar) berkata, ruang pejabat sudah lengkap cuma perlu melakukan beberapa kemasan terakhir.

Pejabat yang bersifat “one stop center” akan dikendalikan oleh wakil SPKB, Perbadanan Kemajuan Negeri selangor (PKNS) dan anggota Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).

“Penduduk boleh datang ke pejabat ini yang akan dibuka setiap hari untuk sebarang urusan contohnya ingin mengetahui pelan pembangunan yang ditawarkan PKNS.

“Kita juga menyediakan khidmat guaman melibatkan undang-undang tanah, harta pusaka, akta MAS ,” kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

JKBPKG ditubuhkan sebagai usaha mengelakkan penduduk Kampung Baru daripada menjadi mangsa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 yang telah diluluskan Dewan Negara, Disember lalu.

Ahmad Zamri berkata, hasil mesyuarat dua hari lepas bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan PKNS, JKBPKG akan mula bergerak secara aktif memandangkan penduduk masih belum jelas mengenai pelan pembangunan yang akan dijalankan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

“Walaupun undang-undang telah diluluskan dan Kementerian berhak ke atas kampung Baru, tapi belum ada penjelasan terperinci mengenai status penduduk.

“Kalau nak dilakukan pembangunan, penduduk kena jula tanha atau sebagainya masih menjadi tanda tanya. Sebab itu kita tawarkan pelan alternatif kepada penduduk,” katanya yang juga Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM).

Sementara itu, Khalid akan memanggil anggota MAS bermesyuarat untuk melakukan penstrukturan semula terhadap badan itu.

Khalid berkuasa memanggil mesyuarat MAS yang wujud sejak 111 tahun dahulu berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950.

Penstrukturan semula MAS ini bagi memastikan keanggotaan terdiri daripada pelbagai kumpulan yang mempunyai kepakaran berlainan dalam menguruskan hal ehwal penduduk Kampung Baru.

Selain menteri besar, MAS dianggotai 11 anggota, termasuk tujuh ketua-ketua kampung di kawasan itu dan empat anggota dilantik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: