NAJIB MENGAJAK RAKYAT MEMILIH PAS

Tinggalkan komen

Februari 20, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyarankan umat Islam di negara ini memilih parti politik yang benar-benar dapat memartabat dan menjamin kesucian agama Islam di negara ini.

 DPPM menganggap Datuk Seri Najib baru sedar atau insaf bahawa menjadi kewajipan serta tanggungjawab umat Islam untuk memilih pemimpin dan parti politik yang benar-benar memartabatkan agama Islam. Selama ini, pemimpin-pemimpin UMNO lebih bercakap soal politik dengan mengenepikan kepentingan Islam dalam politik. Malah Islam dianggap terpisah dari pemerintahan dan pentadbiran negara. Islam dianggap perkara sampingan yang hanya duduk di masjid dan upacara keagamaan dan tidak boleh dicampurkan dengan politik. Pemimpin PAS yang bercakap soal Islam dituduh mempergunakan agama demi kepentingan politik sedangkan itulah tuntutan agama Islam.

Oleh yang demikian, DPPM menyarankan supaya umat Islam memilih PAS sebagai wadah perjuangan dan pilihan mereka. Ini kerana PAS sejak dahulu sehingga kini memperjuangkan Islam sebagai teras perjuangannya. Dengan namanya Parti Islam Se Malaysia, latar belakangnya Islam, Perlembagaannya serta dasarnya untuk menegakkan agama Islam di negara ini, malah kepemimpinannya diterajui Majlis Syura Ulama’. Sifat perjuangannya juga menyeluruh dengan menjadikan semua umat Islam sebagai saudara seperjuangannya tanpa mengira warna kulit mahupun bangsa atau kaum. Justeru, apakah alasan lain bagi menafikan  PAS sebagai Parti Islam yang wajar diterima dan dipilih oleh rakyat?

Selain itu, kepemimpinan yang amanah dan bersih diterapkan sesuai dengan dasar Islamnya. Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 20 tahun dahulu memperlihatkan kebersihan pemimpinnnya dari rekod rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Negeri Kedah menyusul kini dengan juga mencatat rekod bersih pemerintahannya. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS juga memperlihatkan kehidupan seperti yang dituntut oleh Islam dengan hidup serba sederhana. Sifat itu juga dicontohi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Sebaliknya, UMNO bukanlah parti yang boleh memartabatkan dan menjamin kesucian agama Islam di negara ini. UMNO adalah parti perkauman yang hanya khusus  untuk bangsa Melayu semata-mata. Dasar dan matlamat perjuangan UMNO pula hanyalah untuk bangsa Melayu sahaja. Lebih dari itu, pemimpin-pemimpin mereka sering di palitkan dengan kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pemborosan, bermewah, ketirisan dan lain-lain lagi. Pemimpin Islam tidak akan bersikap sedemikian kerana ianya jelas melanggar syariat Islam dan sunnah Rasulullah SAW.

Kenyataan Datuk Seri Najib secara jelas meminta umat Islam memilih PAS sebagai parti politik pilihan menjelang PRU ke 13 nanti. Justeru, umat Islam khususnya penyokong UMNO tidak perlu lagi berfikir panjang kerana presidennya sendiri telah meminta PAS sebagai parti pilihan rakyat!

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: