PAS Tolak Cadangan SPR Mansuh Perarakan Calon

Tinggalkan komen

Februari 20, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR: PAS hari ini menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya perarakan semasa hari penamaan calon pilihan raya dimansuhkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan untuk memansuhkan perarakan ini khususnya daripada sudut keselamatan.

“Perarakan calon semasa penamaan calon pilihan raya sudah dilaksanakan sejak sebelum merdeka lagi dan telah menjadi sebahagian dari proses demokrasi berpilihan raya di dalam negara kita ini,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman sesawang rasmi parti itu.

Pada 1 Februari lepas, SPR mahu menghentikan amalan calon yang bertanding pada pilihan raya membawa kumpulan penyokong dalam jumlah yang besar pada hari penamaan calon.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik sebagai berkata perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon sepatutnya dimansuhkan bagi memastikan suasana aman pada hari berkenaan.

Menurutnya SPR mencadangkan hanya 10 penyokong dan wakil-wakil calon dibenarkan mengiringi calon pada hari berkenaan.

Abdul Hadi berkata pilihan raya bukan sekadar memangkah calon Anggota Dewan Undangan Negeri atau Anggota Parlimen semata-mata tetapi melibatkan seluruh proses demokrasi dan menunaikan hak rakyat untuk mendapat maklumat secara adil dan saksama. BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: