16 didapati bersalah bantah ISA

1

Februari 22, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 22 Feb: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati 16 orang yang ditahan kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2009 lalu, bersalah.

Demikian diputuskan oleh Hakim Ainul Shahrin Mohamad, pagi ini.

Lima daripada mereka adalah wanita termasuk Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Dua lagi, Nashita Md Nor dan Norlaila Othman merupakan aktivis Gerakan MAnsuhkan ISA (GMI) manakala dua lagi iaitu  Salmah Ismail and Hayati Abd Samad merupakan Wanita PKR.

Mereka dikatakan berkumpul di tempat mereka ditahan antara jam 9 pagi dan 1.30 petang pada 1 Ogos, 2009 di sekitar Masjid Negara dan Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.

Pada 21 Oktober tahun lalu, mereka yang didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dipanggil membela diri kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan prima facie kes bagi pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 27 Akta Polis.

Seramai 29 orang didakwa dan 13 tahanan yang merupakan anggota Unit Amal iaitu pertubuhan di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Bagaimanapun, 13 tahanan itu dibebaskan kerana pihak pendakwa  gagal mengemukakan bukti-bukti bahawa ianya pertubuhan haram dan tidak boleh disabitkan dengan menyertai perhimpunan haram.

Sumber : Harakahdaily

Advertisements

One thought on “16 didapati bersalah bantah ISA

  1. Roslan Kasmunier berkata:

    Jangan membangkang semata-mata untuk membangkang….Membangkanglah ikut Quran dan Sunnah……Ingat lah perjuangan akhirat bukan ikut Tian Chua, Anwar atau Ambiga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 126 other followers

Februari 2012
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: