DIPENJARA KERANA MEMPERTAHANKAN KEBEBASAN

Tinggalkan komen

Februari 22, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati kepada 11 orang tahanan himpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahun 2009 yang dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 atau penjara 7 hari oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Bagi DPPM, hukuman yang dikenakan tidak akan mematikan semangat perjuangan jutaan rakyat yang bangkit dalam himpunan terbabit kerana sememangnya ISA diterima rakyat sebagai akta yang zalim dan menindas rakyat. Malah, DPPM percaya rakyat semakin bersemangat dan berkobar-kobar menantikan himpunan lain dalam menentang sebarang bentuk kezaliman yang berlaku.

Mereka yang terlibat dan ditahan ini benar-benar membuktikan bahawa perjuangan menuntut keadilan bukan suatu perjuangan yang kecil dan ringan, melainkan ia menuntut pengorbanan yang besar, sekalipun terpaksa mendekam dalam penjara besi atau didenda serta dikenakan hukuman yang berat.

DPPM mengharapkan hukuman yang dikenakan ini tidak melemahkan semangat juang para aktivis terbabit, sebaliknya ia menjadi suatu inspirasi kepada mereka untuk terus gigih berjuang menentang sebarang bentuk kezaliman di negara ini. Tidak ada istilah lemah semangat atau berundur sebelum memastikan negara ini benar-benar bebas dari penindasan. Sejarah akan mengenang semua tahanan ini sebagai contoh insan yang begitu prihatin dan peka terhadap suasana yang berlau di negara ini. Mereka adalah diantara golongan yang tidak rela akta zalim dan kejam yang menafikan hak tahanan daripada dibicarakan di mahkamah terbuka.

Akhirnya, DPPM mengharapkan para aktivis terbabit serta rakyat seluruhnya supaya bersabar seketika sehingga PRU ke 13 dalam menghadapi pelbagai bentuk cabaran. DPPM memberi jaminan, Pakatan Rakyat akan memastikan ISA akan dihapuskan seluruhnya apabila Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya kelak serta kebebasan rakyat dalam mengadakan himpunan aman.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: