INDEKS KEBEBASAN AKHBAR NEGARA MASIH KETINGGALAN

Tinggalkan komen

Februari 22, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan tidak mendabik dada dengan merasakan indeks kebebasan akhbar di negara ini bertambah baik dari sebelumnya. Meskipun Indeks Kebebasan Akhbar Malaysia bagi tahun 2011/ 2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia di tangga ke 122 berbanding 141 pada tahun 2010, ini tidak bermakna tahap kebebasan akhbar di Malaysia bebas dari sebarang pengaruh dan kongkongan politik.

Ini kerana dengan kedudukan Malaysia sekarang ini menunjukkan tahap kebebasan akhbar di Malaysia amat jauh dan rendah dari yang sepatutnya. Malah negara ini ketinggalan berbanding negara yang masih membangun seperti Papua New Guinea di kedudukan 35 serta Cambodia yang berkedudukan ke 117. Lebih mengecewakan, Malaysia ketinggalan di bawah negara Zimbabwe yang merupakan negara kuku besi di bawah rejim Robert Mugabe.

Indeks kebebasan Akhbar yang dikeluarkan ini memberikan gambaran sejauh mana tahap kekebasan akhbar di negara ini dalam memberikan liputan terhadap sesuatu perkara terutama yang membabitkan pembangkang. Sejak dahulu sehingga kini, pembangkang jarang diberikan ruang mendapat liputan yang adil dalam media utama. Malahan, semakin menghadapi pilihanraya umum ke 13 semakin banyak serangan media ditujukan kepada pemimpin Pakatan Rakyat sehingga sesuatu isu itu dimanipulasi sedemikian rupa supaya menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap pembangkang.

Keadaan ini telah meletakkan rakyat pada suatu persepsi bahawa akhbar di Malaysia amat dikongkong oleh kuasa politik pemerintah di negara ini. Sehinggakan rakyat meyakini apa juga berita berbentuk tuduhan yang dikeluarkan oleh media utama terhadap Pakatan Rakyat dan pemimpinnya adalah palsu sebaliknya apa juga penafian yang dibuat oleh pemimpin negara adalah tidak benar. Ini adalah simbolik bagaimana rakyat ‘melayan’ kaedah pemberitaan yang dibuat oleh media di negara ini.

Selain itu, rakyat terutama golongan muda sudah beralih kepada maklumat alternatif yang ada dalam Internet lebih daripada maklumat di media utama milik kerajaan. Blog, Facebook serta berita dari website milik media Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat dengan hits tertinggi. Ini menunjukkan bahawa media utama di negara ini sudah tidak mendapat tempat kerana pemberitaan yang berat sebelah.

Justeru, Indeks Kebebasan Akhbar yang dikeluarkan perlu menjadi medan musahabah kepada pemimpin negara supaya berlaku adil kepada semua pihak termasuk pembangkang. Sekiranya gaya pemberitaan masih tidak berubah malah semakin buruk terutama menjelang PRU ke 13, tidak mustahil Indeks Kebebasan Akhbar negara ini jatuh merudum kembali tahun hadapan dengan prestasi yang lebih buruk. Lebih dari itu, rakyat semakin jelak dan hilang keyakinan untuk membeli dan membaca akhbar utama di negara ini.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: