KESAL POSTER FITNAH DIBIAR BERTEBARAN

Tinggalkan komen

Februari 22, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Wilayah Persekutuan melahirkan kekesalan terhadap segelintir pihak yang suka mengambil sikap ‘membaling batu sembunyi tangan’ dengan menampal poster-poster serta menggantung kain rentang berunsur fitnah yang memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan pelbagai tuduhan tidak berasas beberapa hari kebelakangan ini.

Sejak kebelakangan ini, bandaraya Kuala Lumpur seolah-olah dihujani dengan pelbagai poster serta sepanduk fitnah yang menuduh PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai menyokong kezaliman Zionis Israel. Bagi PAS WP, tindakan ini merupakan suatu sikap yang tidak sihat kerana boleh mewujudkan kegelisahan dan kemarahan rakyat. Ia juga boleh mencetuskan pertelingkahan yang lebih buruk di dalam masyarakat. Lebih dari itu, tiada pihak dicatatkan sebagai penerbit sepanduk terbabit, menunjukkan tidak ada pihak yang berani bertanggungjawab dalam sebaran fitnah ini.

PAS WP kecewa kerana budaya memfitnah menjadi suatu amalan sesetengah pihak dalam masyarakat. Demi kepentingan politik sempit mereka, mereka ini sanggup melemparkan fitnah meskipun mengetahui fakta yang dikemukakan tidak benar sama sekali.

PAS WP juga kesal kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) lambat bertindak dalam memastikan poster dan sepanduk ini diturunkan. Seolah-olah usaha yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini dibiarkan berleluasa supaya semua rakyat boleh membacanya. Sepatutnya poster dan sepanduk seperti ini tidak boleh dibiarkan lama di kawasan bandaraya ini. Ia adalah sampah yang menyemakkan bandaraya dan perlu dibuang segera kerana mencemarkan pemandangan. PAS WP juga meminta PDRM supaya mengesan dan menjejak individu tidak bertanggungjawab menampal atau menggantung sepanduk-sepanduk ini. PAS WP membayangkan jika poster dan sepanduk yang sama ditampal atau digantung oleh penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di sekitar ibu negara ini, sudah pasti tidak sampai sehari, kesemua sepanduk ini akan diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan manakala pelakunya diambil tindakan keras.

Akhirnya, PAS WP menasihati pihak tertentu supaya bersikap berani dalam menghadapi isu ini. Jika mereka merasakan mereka di pihak yang benar, mereka mesti berani berhadapan dan mengemukakan hujah secara jelas supaya rakyat boleh menilai satu persatu. Jangan perbodohkan rakyat di Wilayah Persekutuan dengan tindakan penakut seperti ini kerana rakyat semakin cerdik dan celik maklumat, mereka tahu apa yang benar dan salah.

Disediakan oleh;

 

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Februari 2012
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: