Politikus Islam mesti berpolitik guna agama

Tinggalkan komen

Februari 22, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 22 Feb: Ahli-ahli politik di kalangan umat Islam perlu berhujah dengan al-Quran dan hadis untuk menjelaskan dasar-dasar politik pemerintahan negara supaya selaras dengan tuntutan agama kerana segala aktiviti politik itu sendiri perlu diselaraskan mengikut kehendak Islam.

Al-Quran dan hadis penuh dengan pelbagai prinsip politik dan pemerintahan yang sekiranya diikuti akan menjamin keadilan dan kebajikan bagi seluruh rakyat muslim dan bukan muslim.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, akibat kefahaman menyeleweng bahawa agama tidak boleh digunakan dalam berpolitik, menyebabkan politikus di kalangan orang Islam sendiri akhirnya mencedok pelbagai idea daripada tulisan penulis politik bukan Islam atau Barat.

Menurutnya, sedangkan tulisan-tulisan tersebut hanyalah berpaksikan pemikiran semata-mata tanpa merujuk kepada wahyu sehingga menyebabkan dasar-dasar negara tersasar daripada keadilan yang sebenar.

Katanya, ahli politik Islam perlu menjelaskan bahawa dalam persoalan mengundi wakil rakyat dalam pilihanraya mestilah merujuk kepada kriteria pemimpin seperti yang digariskan oleh al-Quran dan hadis.

“Segala dasar negara perlu dibahas menurut kerangka dasar-dasar agama. Segala aktiviti politik perlu dihalakan ke arah matlamat mendapatkan syurga di hari akhirat dan terselamat daripada neraka,” katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pihak-pihak tertentu yang mengatakan agama dan politik tidak boleh disatukan malah mesti terpisah.

Terbaru, termasuklah tulisan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford seperti yang disiarkan media tempatan baru-baru ini.

Dalam tulisannya, Asri antara lain berkata, “Seperti yang saya pernah catatkan bahawa saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik, tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.

“Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama. Saya insya Allah akan bahaskan tentang secular state dalam tulisan yang akan datang.”

Menurut Khairuddin, memisahkan pemerintahan daripada al-Quran diriwayatkan telah diperingatkan oleh Rasulullah saw akan berlaku dalam sebuah hadis yang lemah riwayat Tabrani dan Muslim dalam Kitab al-Malahim bermaksud: “Sesungguhnya Kitab Allah dan kuasa pemerintahan akan berpisah maka janganlah kamu berpisah dengan Kitab Allah”.

Katanya, mengulas hadis itu, salah seorang ulama dan pensyarah universiti terkenal Jordan, Dr Solah al-Khalidi dalam tulisannya bertajuk “Berputar Bersama al-Quran” mengatakan, “Mengkagumkan sekali bahawa Rasulullah saw menjelaskan tentang perpisahan antara al-Quran dan pemerintahan.

“Ia berlaku paling ketaranya pada hari ini di alam Islam yang sangat luas di mana para pemerintah melalui jalan yang bertentangan dengan jalan al-Quran, rakus untuk mendapatkan keredhaan musuh dan mengenepikan syariat al-Quran.

“Mereka berpisah dengan al-Quran kerana mereka menurut hawa nafsu mereka sedangkan al-Quran tidak mungkin memperakui kehendak nafsu mereka.

“Oleh itu, mereka memisahkan diri daripada al-Quran. Hari ini telah berlaku dua jalan yang bertentangan; jalan al-Quran dan jalan pemerintah.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Februari 2012
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: