BERSIHKAN KABINET DULU, BARU BOLEH BERCITA-CITA TAWAN SELANGOR

Tinggalkan komen

Februari 27, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggesa rakyat supaya tidak memberi “tempoh lanjutan” kepada pembangkang untuk terus memerintah Selangor sebenarnya ditujukan buat partinya sendiri. Ini kerana pembangkang di Selangor ketika ini adalah UMNO-BN manakala kerajaannya adalah Pakatan Rakyat.

Beliau juga seperti menyindir partinya sendiri dengan kenyataan bahawa ‘pelbagai janji tidak tertunai’ semasa dalam pemerintahan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Mungkin Datuk Seri Najib tidak menyedari bahawa rakyat Selangor pada hari ini menikmati pelbagai ‘janji yang tertunai’ oleh kerajaan Pakatan Rakyat seperti yang dimaksudkan itu. Selepas menang empat tahun yang lalu, janji-janji Pakatan Rakyat satu demi satu ditunaikan. Antaranya air percuma sebanyak 20 meter padu yang diberikan kepada setiap rakyat di negeri itu. Selain itu, dengan perkhidmatan berbentuk kebajikan seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk warga emas, skim tuisyen percuma, Tabung Warisan Anak Selangor atau TAWAS, Jom Shopping dan lain-lain lagi.

Sebaliknya UMNO yang memerintah berpuluh tahun lamanya ‘pelbagai janji tidak ditunaikan untuk rakyat’. Ini menyebabkan beliau menggelepar dan seakan menyalahkan pimpinan bawahannya. Bahkan, bekas Menteri Besar Selangor sendiri telah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah. Bagaimana mereka boleh membela rakyat di negeri paling maju itu, sekiranya pemimpin nombor satu negeri tersebut sendiri dihukumkan kesalahan dengan rasuah. Rakyat menganggap jika memberi ‘tempoh lanjutan’ kepada UMNO-BN lagi, mungkin lebih ramai  pemimpin UMNO-BN akan disabitkan dengan kesalahan rasuah serta kesalahan-kesalahan lainnya.

PM juga dalam kenyataannya mengakui melakukan kesilapan ketika memerintah Selangor dahulu dan merasa insaf serta memohon maaf kepada rakyat Selangor. Bagi DPPM, sekiranya PM sudah insaf sepatutnya beliau tidak berebut untuk mendapatkan Selangor kembali dan  menyerah dengan membiarkan Pakatan Rakyat memerintah buat penggal kedua. Ini kerana UMNO sudah memerintah Selangor selama berpuluh tahun dan sudah tentu ‘dosa’ beliau dan partinya bukan mengambil masa yang sedikit untuk dibersihkan. Mereka yang ‘bertaubat nasuha’ biasanya berazam untuk tidak mengulangi dosanya. Justeru PM perlu mengelak partinya dari sebarang cita-cita menduduki kerajaan Selangor bagi mengelak dosa yang lama dilakukan kembali.

Sepatutnya PM bersyukur kerana dengan kekalahan partinya dalam PRU ke 13  dapat ‘menginsafkan ‘ beliau. Sebaiknya, keinsafan beliau perlu diterjemahkan pada kerajaan negara ini yang berada di bawah tanggungannya, dengan membersihkan kabinet serta kerajaannya dari pelbagai skandal dan penyelewengan kuasa. Jika tidak beliau hanya dianggap hipokrit dan rakyat tidak sekali-kali akan memberikan peluang kedua kepada beliau dan partinya lagi.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: