HIMPUNAN HIJAU 2.0 ADALAH PAKU TERAKHIR UMNO-BN DI PAHANG

Tinggalkan komen

Februari 27, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada segenap lapisan masyarakat yang turut hadir dalam Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan pada hari Ahad di Kuantan. Himpunan Hijau 2.0 merupakan suatu petunjuk bahawa rakyat bersatu dan bersepakat untuk tidak mengizinkan walau seinci pun bumi di Pahang, bahkan di mana-mana tempat di negara ini dari dicemari dengan aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar.

Himpunan Hijau 2.0 juga memberi isyarat kepada pemerintahan UMNO-BN supaya mendengar pandangan rakyat dalam apa juga isu yang membabitkan mereka. Zaman pemimpin negara memerintah secara diktator dengan sombong dan angkuh sudah berlalu, dan kini adalah masa untuk pemimpin dan rakyat saling bekerjasama dalam menangani sesuatu isu yang timbul. Pastinya, Himpunan Hijau 2.0 adalah menifestasi kebangkitan rakyat setelah pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan ianya selesai di meja rundingan gagal.

Meskipun Perdana Menteri menyatakan bahawa loji pembersihan nadir bumi bernilai RM700 juta di Kuantan adalah selamat dari segi “fakta dan saintifik”, namun demikian rakyat tidak peduli dengan kenyataan beliau. Ini menunjukkan bahawa PM sendiri gagal meyakinkan rakyat supaya mendengar penjelasan beliau terhadap isu ini. Bagi rakyat, mereka lebih peka terhadap alam sekitar kawasan mereka memandangkan mereka sendiri yang merasainya. Rakyat tidak melihat PM dan anggota kabinet merasai denyut nadi kehidupan rakyat di bawah kerana mereka dipisahkan oleh kehidupan pemimpin negara yang begitu eksklusif dan elit.

Himpunan Hijau 2.0 menyaksikan bumi Pahang yang selama ini menjadi benteng kukuh dan ampuh buat UMNO-BN bukan lagi menjadi kubu yang selamat kepada mereka. Mereka tidak lagi boleh mendabik dada mendakwa negeri dan kawasan tertentu sebagai ‘fixed deposit’ kepada mereka. Bahkan, ramai berandaian Pahang bukan lagi kawasan subur buat UMNO-BN memerintah. Segalanya boleh berlaku sekiranya pemimpin UMNO silap percaturan.

DPPM beranggapan, apa pun alasannya, kerajaan perlu segera menghentikan operasi Lynas demi kemaslahatan rakyat. Jika tidak bersedialah menghadapi hukuman rakyat dalam PRU ke 13 nanti. Pahang mungkin akan menjadi paku terakhir buat keranda UMNO di negara ini.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: