ISU KONSERT: MENUNGGU BANTAHAN BARU DIBATALKAN?

Tinggalkan komen

Februari 29, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Wilayah Persekutuan meminta kerajaan bersikap lebih sensitif dan peka dalam meluluskan sesuatu konsert yang dianjurkan di negara ini tanpa perlu menunggu bantahan daripada mana-mana pihak sebelum membatalkannya. Ini kerana sudah acapkali pembatalan saat akhir dibuat terhadap persembahan artis luar negara hanya kerana adanya bantahan dibuat oleh orang awam, bukan kerana sememangnya kerajaan bertindak tegas dalam memastikan tiada kontroversi terhadap mana-mana artis.

Dalam isu ini, PAS WP menganggap kerajaan seperti bersikap talam dua muka. Konsert Erykah Badu dibatalkan hanya kerana adanya bantahan awam. Bagaimana sekiranya tiada bantahan dibuat? Adakah kerajaan tetap mahu membatalkannya atau membiarkan ia diteruskan. Soalnya, sampai bila kerajaan boleh bersikap proaktif dengan mengambil tindakan awal mengekang mana-mana persembahan artis dalam atau luar negara yang menimbulkan kontroversi?

Kerajaan memiliki agensi yang sepenuhnya mengawal persembahan artis luar negara. Badan seperti Agensi Pusat Permohonan Pengambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), di bawah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (Kebudayaan) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) mempunyai tugas khusus meluluskan sesuatu persembahan atau membawa masuk artis luar negara. Sepatutnya setiap permohonan untuk membawa masuk artis luar negara perlu ditapis terlebih dahulu dengan melihat latar belakang mereka. Tidak timbul artis tersebut mendapat bantahan awam atau tidak kerana kerajaan lebih awal menyekat sebarang imej yang boleh menimbulkan polemik di kalangan masyarakat.

Perlu diingatkan bahawa artis menjadi pujaan masyarakat. Imej dan personaliti mereka menjadi ikutan anak-anak muda. Antara punca berkembangnya gejala sosial di negara ini adalah disumbangkan oleh unsur hiburan termasuk imej dan personaliti artis-artis. Apa yang dibimbangkan adalah imej bertatoo Erykah Badu menjadi ikutan dan kegilaan anak-anak muda yang boleh merosakkan akhlak dan akidah umat Islam. Selainnya, ramai juga artis barat yang memiliki imej buruk seperti gaya hidup songsang, seksi, imej pelik dan lain-lain. PAS WP tidak boleh membayangkan bagaimana sekiranya konsert itu diteruskan, sudah pasti akhlak dan aqidah ramai anak-anak muda umat Islam akan tergadai.

Oleh yang demikian, PAS WP mengharapkan kerajaan benar-benar bertegas dalam memastikan akhlak dan akidah umat Islam di negara ini terpelihara. Tidak ada gunanya melaungkan slogan hebat dalam memperjuangkan Islam di negara ini, sedang  aqidah dan akhlak ramai umat Islam di negara ini tergadai !

Disediakan oleh;

 

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: