PAS WP SEDIA MEMIMPIN PERUBAHAN MENUJU PUTRAJAYA

Tinggalkan komen

Februari 29, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) kini berada di landasan terbaik untuk memenangi pilihanraya umum ke 13. Bagi PAS WP, soal bila pilihanraya umum ke 13 bukan lagi menjadi keutamaan  kerana semua petugas, sama ada dari peringkat Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Jentera Pilihanraya PAS Kawasan-kawasan mahupun Unit Peti-Peti Undi (UPU) sudah bersedia dan hanya menunggu sahaja semboyan pilihanraya dibunyikan.

Pelbagai persiapan telah direncana sebaik mungkin bagi menghadapi ‘ibu segala pilihanraya’ ini. Malah, boleh dikatakan persiapan PRU ke 13 kali ini adalah persiapan terbaik dan paling lengkap dari segenap aspek, sama ada prasarana, petugas, culaan, bilik gerakan, dana, strategi dan sebagainya. PAS WP juga sudah dapat menjangkakan sasaran undi yang bakal diperolehi dengan maklumat hasil kajian dan culaan. PAS WP penuh keyakinan, keputusan yang memberangsangkan dan menggembirakan akan dicapai jauh lebih baik dari prestasi PRU ke 12.

Selain itu, PAS WP menjanjikan calon terbaik untuk diketengahkan bagi memimpin kebangkitan rakyat  PAS WP yakin, rakyat pasti akan menerima kesemua calon yang dikemukakan ini kerana memenuhi kesemua kriteria yang dikehendaki oleh rakyat ibu kota iaitu berlatar belakangkan profesional, mesra rakyat, amanah, komited dan sanggup berkorban demi rakyat.

PAS WP juga sudah menyiapkan segala persiapan di tiga buah Parlimen yang diberi mandat oleh Pakatan Rakyat kepada PAS untuk ditandingi. Parlimen Putrajaya, Titiwangsa dan Labuan bakal menggenapkan hasrat pimpinan PAS Pusat yang mahu 60 kerusi Parlimen sasaran ditawan. Malah dalam banyak maklumbalas yang dibuat, rata-rata pengundi di tiga-tiga parlimen terbabit sudah menunjukkan sikap mereka terhadap parti yang bakal dipilih serta tidak sabar untuk turun mengundi bagi merealisasikan hasrat mereka. Ungkapan yang diucapkan dari mulut pengundi adalah ‘keinginan untuk merasai perubahan’ dalam landskap politik Malaysia sejak 50 tahun dahulu kini semakin jelas kedengaran dan bukan lagi rahsia.

Parlimen Putrajaya, merupakan nadi pemerintahan negara dan menjadi impian rakyat dan Pakatan Rakyat untuk menawannya. Meskipun pendekatan yang berbeza dengan kawasan-kawasan lain dari segi mendekati pengundi, namun PAS WP percaya pengundi Putrajaya semakin matang dan sudah mempunyai maklumat kukuh parti pilihan mereka. Ketakutan sebagai penjawat awam kini sudah terlerai dari pemikiran mereka, malah mereka sudah berani menyatakan sokongan terbuka. Angin perubahan sudah semakin kuat dirasai melalui rungutan serta harapan yang dicurahkan pengundi-pengundi di Parlimen Putrajaya.

Manakala Parlimen Titiwangsa, satu-satunya Parlimen yang dimenangi oleh PAS di Wilayah Persekutuan kini menjadi tumpuan ramai. Dengan ketiadaan Ahli Parlimen, YB Dr Lo’ Lo’ Dato’ Hj Ghazali yang telah meninggal dunia beberapa bulan dahulu, Parlimen Titiwangsa dianggap kerusi paling sengit antara PAS dan UMNO. Namun demikian, semangat juang para petugas dengan pelbagai kegiatan setiap minggu menjadikan Parlimen Titiwangsa ‘hidup’ dengan rancaknya aktiviti.

Pengundi Titiwangsa pula semakin faham bahawa mereka tidak lagi boleh bernaung di bawah kerajaan BN lagi di peringkat pusat ekoran pelbagai skandal yang melanda negara. Justeru, gelombang perubahan semakin dirasai dan pengundi inginkan pemimpin yang beramanah. Mereka percaya pemimpin UMNO-BN gagal menyelesaikan permasalahan hidup di ibu kota, lantaran itu tahap kepercayaan mereka kepada BN semakin terhakis teruk. Malah kajian yang dibuat menunjukkan, pengundi PAS di Parlimen Titiwangsa akan bertambah lebih dari 65 peratus kali ini.

Parlimen Labuan, walaupun jauh dipisahkan oleh sempadan geografi dan politiknya, namun tidak ketinggalan dari menerima tempias perubahan. Rakyat semakin terbuka dalam memperkatakan politik tempatan dan semakin ramai suara protes kedengaran. Mungkin Labuan juga akan melakukan kejutan luar jangkaan kali ini dan sudah pasti ia bakal mendebarkan banyak pihak.

Insyaallah, sekiranya pilihanraya umum ke 13 berlangsung di dengan adil dan di atas padang yang sama rata, Wilayah Persekutuan adalah antara negeri pertama akan menikmati perubahan besar di negara ini. Pengundi Melayu, Cina dan India seakan sepakat bahawa Wilayah Persekutuan bakal menjadi paku terakhir di keranda UMNO-BN kali ini. Perubahan dalam PRU ke 13 bakal mencerahkan kembali langit Malaysia yang kelam dengan pelbagai penyelewengan dan skandal yang memalukan.

Disediakan oleh;

 

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: