SELESAIKAN SEGERA ISU FELDA ATAU SEDIA HIMPUNAN RAKYAT

Tinggalkan komen

Februari 29, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan agar menyelesaikan segera isu Felda sekiranya tidak mahu kehilangan kuasa dan mendapat tentangan paling hebat dalam sejarah politik negara. Ini kerana Felda adalah isu orang Melayu dan pengundi felda semenjak dahuku sehinga sekarang merupakan ‘deposit simpanan tetap’ UMNO-BN, justeru itu mereka perlu menangani isu ini dengan cermat dan berhati-hati.

Namun demikian, dengan polemik yang berlaku khususnya membabitkan pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda ia menggusarkan banyak pihak. Warga dalaman Felda meluahkan rasa tidak puas hati mereka ekoran pelantikan ini kerana membelakangkan suara warga Felda sendiri. Tan Sri Isa Samad seakan suatu bayangan yang mengerikan buat warga felda.

Selain itu, isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding di Bursa Malaysia (FGVH) turut mengundang kemarahan banyak pihak khususnya warga felda. Ramai beranggapan isu ini bakal menggadaikan tanah peneroka felda seluruh negara. Pelbagai bantahan, rundingan, memorandum dibuat namun kerajaan masih tetap berdegil meneruskan hasratnya. DPPM mengingatkan jika Perdana Menteri tidak mampu selesaikan kemelut dalaman Felda dalam masa yang singkat, tidak mustahil himpunan sebesar Himpunan Hijau 2.0 atau lebih besar dari itu akan dibuat.

Sekiranya Himpunan Hijau 2.0 diadakan kerana ianya membabitkan penduduk di kawasan Kuantan, Pahang, isu Felda pula amat menyeluruh dan melibatkan 112,635 peneroka diseluruh negara dengan 800,000 daripadanya merupakan generasi kedua dan ketiga. Felda pula memiliki 317 tanah rancangan dan memiliki keluasan 360,000 hektar tanah di seluruh negara. Ini bererti kepentingan felda dimiliki oleh ratusan ribu rakyat yang secara khususnya mereka ini adalah orang Melayu.

Oleh itu, DPPM menasihatkan kerajaan supaya menangani isu felda dengan bersungguh-sungguh dengan mengambil kira pandangan rakyat umum. Kerajaan tidak boleh silap percaturan, kerana ia melibatkan masa depan rakyat. Lebih dari itu, ia mungkin menjadi noktah terakhir buat UMNO-BN berkuasa di negara ini.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: