TUN DR MAHATHIR CUBA BABITKAN PEMIMPIN UMNO DALAM DAKWAAN TERHADAPNYA

1

Februari 29, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap Tun Dr Mahathir semakin tersepit apabila mengeluarkan kenyataan supaya sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri termasuk anak cucu mereka.

DPPM merasakan Tun Dr Mahathir berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian. Beliau seharusnya bertenang dan membiarkan pandangan pemimpin Pakatan Rakyat berlegar di kalangan masyarakat sebelum dipersetujui oleh kerajaan. Beliau tidak seharusnya merasa panik dengan cadangan tersebut kerana ia boleh menyelesaikan isu yang berbangkit.

DPPM juga merasakan bahawa Tun Dr Mahathir cuba mengaitkan pemimpin negara sesudahnya yang pernah dan sedang berada di puncak kuasa supaya mereka juga turut disiasat. Ini termasuklah Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bekas Perdana Menteri serta Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menjadi Perdana Menteri. Datuk Seri Najib adalah anak kepada Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang kedua.  Ia seakan memberi mesej bahawa kesemua mereka perlu diaudit dan disiasat secara terperinci kerana turut terbabit dengan dakwaan kerugian dana awam bernilai RM 100 bilion di bawah pemerintahannya. Ia juga sebagai suatu peringatan bahawa kesemua mereka juga bermasalah dan perlu disiasat seperti mana beliau.

Selaku bekas pemimpin negara, beliau seharusnya mengambil iktibar dari pengalamannya dalam pemerintahan negara. Sebagai manusia, beliau perlu mengakui bahawa pasti ada kesilapan dan kesalahan di mana-mana, justeru amat wajarlah beliau dinilai oleh rakyat. Lagipun dakwaan terhadapnya membabitkan dana rakyat dan negara dan jumlahnya terlalu banyak, iaitu RM100 bilion. Dengan nilai seperti ini, ia boleh menyebabkan negara menjadi muflis dan rakyat papa kedana.

Justeru, DPPM bersetuju dengan cadangan supaya audit dijalankan bagi menyiasat isu kerugian hampir RM 100 bilion dana awam yang didakwa berlaku sepanjang tempoh Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Tun Dr Mahathir tidak perlu risau dengan cadangan ini dan pelaksanaannya nanti sekiranya beliau benar tidak bersalah.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

One thought on “TUN DR MAHATHIR CUBA BABITKAN PEMIMPIN UMNO DALAM DAKWAAN TERHADAPNYA

  1. kialjr65.com berkata:

    Reblogged this on KUkial_Jr@com.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: