Pemimpin utama PAS Islam dan soleh

Tinggalkan komen

Mac 1, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 1 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengulangi penegasannya bahawa sesiapa sahaja yang beragama Islam yang soleh boleh memimpin parti itu.

Katanya, persoalan bangsa sama ada Melayu atau sebaliknya tidak menjadi persoalan selagi mereka adalah “muslim yang soleh”.

“Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja yang merupakan muslim yang soleh boleh memimpin PAS sekalipun bukan berbangsa Melayu kerana bangsa tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi Allah SWT, ” katanya melalui laman sosial Facebook hari ini.

Menurutnya, tiada guna sekalipun pemimpin itu Melayu, jika jahil tentang undang-undang Islam itu sendiri.

Tanpa menamakan sesiapa, Tuan Guru Nik Aziz juga turut merujuk kepada bekas seorang pemimpin Melayu negara yang disifatkannya masih meraba-raba.

“Untuk apa berbangsa Melayu jika masih mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kejahilan terhadap undang-undang Allah SWT?

“Saya simpati dengan salah seorang bekas pemimpin negara yang rupanya masih meraba-raba,” katanya dalam nada menyindir.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dipercayai sebagai respon terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir dalam kennyataannya semalam mencabar PAS melantik  Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Presiden PAS.

“Dulu PAS kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam PAS?

“Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden PAS kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada pandangan AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin, bahawa PAS bersedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin barisan kedua parti sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Namun kata Dr. Dzulkefly, perkara itu tidak timbul sekarang ini, dan jika sekalipun akan dilaksanakan, perkara itu perlu diputuskan dalam muktamar parti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: