Syarikat agensi pembantu rumah Malaysia tersepit

Tinggalkan komen

Mac 1, 2012 oleh pemudawilayah


Pemuda PAS ingin memberi maklumbalas berhubung dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Datuk Sheikh Yahya Bin Sheikh Mohamed dalam akhbar Berita Harian pada 28/02/2012 yang menyatakan bahawa usaha membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia ke negara ini tertangguh sehingga April depan kerana majikan tempatan perlu mengemukakan profil peribadi pembantu rumah bersama tawaran gaji untuk diteliti oleh warga Indonesia yang berminat datang ke Malaysia.

Pemuda PAS menerima aduan daripada Syarikat Agensi (SA) pembantu rumah di Negeri Johor dan Kedah yang menyatakan bahawa mereka menghadapi kesulitan untuk meneruskan perniagaan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh kementerian tidak praktikel dan membebankan.

Kerajaan Malaysia telah menetapkan bayaran kos pengambilan Pembantu Rumah Indonesia(PRI)yang dikenakan kepada majikan adalah tidak melebihi RM4,511.00. Jumlah ini adalah pecahan daripada  RM1,800 kos untuk mendapatkan PRI di Indonesia dan RM2,711 keuntungan SA sebelum di tolak perbelanjaan( levi, Fomema -Pemeriksaan perubatan dan lain-lain)

Kerajaan Malaysia telah memaksa semua SA menandatangi Surat Akujanji pada 8 Disember 2011 yang telah memaksa semua mematuhinya. Dalam akujanji ini telah ditetapkan 4 perkara iaitu:

Kos pengambilan PRI adalah tidak melebihi RM4,511.

Pengantian atau ganti rugi kepada majikan bagi PRI yang lari, tidak kompeten atau unfit seperti yang telah ditetapkan dibawah Protokol Pindaan MoU 2006.

Memastikan bahawa majikan membuka akaun bank atas nama pekerja dan mematuhi semua syarat/peraturan/arahan semasa yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia(JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja(JTK) berhubung pengambilan PRI.

Jika SA gagal melaksanakan peraturan di atas maka tindakan menarik balik  lesen akan di lakukan.

Kerajaan Malaysia telah menetapkan kos untuk mendapatkan PRI sebanyak RM 1,800 sahaja dan keuntungan SI sebelum tolak perbelanjaan sebanyak RM2,711. Jumlah ini adalah tidak praktikel dan membebankan SI atas sebab-sebab berikut:

Kos untuk mendapatkan PRI daripada agen menyediakan PRI di Indonesia adalah diantara RM6,000 – RM7,000. Sedangkan Kerajaan Malaysia hanya menetapkan sebanyak RM1,800. Nilai ini terlalu rendah sehingga menyebabkan SA di Malaysia tidak mampu bersaing dengan SA di negara-negara luar seperti  Singapura, Arab Saudi, Hong Kong, Taiwan dan lain-lain. Akhirnya SA Malaysia terpaksa menutup operasinya kerana kerugian.

Kos RM1,800 adalah termasuk tiket kapal terbang, passport, petrol, latihan 200 jam dan komisyen kepada agen di Indonesia. Nilai RM1,800 adalah terlalu rendah. Sukar untuk mencari agensi di Indonesia yang bersetuju menyediakan PRI dengan nilai serendah itu.

Risiko PRI di Malaysia untuk melarikan diri adalah tinggi sebab jarak Malaysia dan Indonesia yang dekat. Oleh itu SA perlu menyerap kemungkinan risiko ini dalam perbelanjaan. Oleh itu keuntungan sebelum ditolak perbelanjaan sebanyak RM 2,711 adalah terlalu kecil.

Nama Malaysia dalam bidang pembatu rumah juga agak kurang baik di Indonesia sebab masalah penderaan yang berlaku. Persepsi ini menambah sukar SA mencari PRI yang sesuai. PRI lebih bersedia untuk berkhidmat di negara bukan Malaysia.

Kerajaan pula dilihat seolah-olah lepas tangan. Setelah menetapkan harga RM1,800 kerajaan tidak langsung membantu menyediakan PRI. Justru SA tidak mampu mendapatkan PRI yang diperlukan.

Persoalannya bagaimana SA boleh menyediakan profil peribadi beserta tawaran gaji pembantu rumah Indonesia sedangkan mereka tidak berminat dengan tawaran yang telah dipandu oleh kerajaan Malaysia?  Apabila tiada pembantu rumah Indonesia yang berminat bekerja di Malaysia maka yang menjadi mangsa adalah SA dan rakyat Malaysia yang memerlukan pembantu rumah.

Kerajaan Kemboja pula telah membekukan pembantu rumahnya ke Malaysia dengan serta-merta kerana mendapat aduan dari NGO tenaganita di Malaysia dan Pembangkang Sam Rainsy Party di Kemboja. Ini telah menimbul masalah pada SA Malaysia yang telah mengutip wang deposit dari majikan di Malaysia dan telah membayar kepada Agensi di Kemboja.

Bermula daripada 14hb Oktober 2011 hingga kini, Kerajaan Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan menyelesaikan isu ini. Jika isu ini berlanjutan maka wang deposit Agensi Malaysia semakin sukar untuk dituntut balik dari Agensi di Kemboja. SA Malaysia juga bakal menghadapi tindakan mahkamah daripada majikan yang telah membuat bayaran kepada SA Malaysia. Ini menyebabkan SA di Malaysia dalam keadaan kewangan yang tenat.

Berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai terdapat sebanyak RM20 juta transaksi pembantu rumah Kemboja telah dilakukan oleh SA Malaysia tetapi malangnya pembantu rumah Kemboja belum sampai lagi di Malaysia. Ini telah menambah beban kepada SA di Malaysia.

Pemuda PAS amat bimbang, dalam keadaan SA tersepit ini maka jalan manipulasi akan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggunjawab bagi mempastikan perniagaan tetap diteruskan. SA terpaksa membayar kos operasi perniagaan setiap bulan sedangkan perniagaan tidak dapat diteruskan. Mereka yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat penipuan resit kepada pihak kerajaan. Dalam resit tersebut dinyatakan bayaran kos pengambilan PRI yang dikenakan kepada majikan adalah RM4,511.00 tetapi hakikatnya bayaran itu lebih daripada yang dinyatakan.

Oleh itu Pemuda PAS berpandangan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia(JTKSM) Datuk Sheikh Yahya Bin Sheikh Mohamed tidak mendapat maklumat yang jelas daripada semua SA diseluruh negara. Pihak JTKSM perlu memndapatkan pandangan daripada semua SA dan bukan hanya daripada Persatuan Agensi Pekerja Asing(PAPA) sahaja. Ini kerana aduan yang diterima oleh Pemuda PAS berbeza daripada apa yang dimaklumkan oleh pihak JTKSM dalam media.

Pemuda PAS Pusat mencadangkan beberapa perkara mengatasi masalah yang dihadapi oleh SA. Cadangan-cadangan adalah seperti berikut:

JTKSM perlu berjumpa secara terus dengan semua SA dalam waktu terdekat. Kebebasan perlu diberikan kepada mereka untuk memberi pandangan berkenaan masalah yang mereka hadapi.

Jika kerajaan mahu menetapkan kos mendapatkan PRI hanya sebanyak RM1,800 maka kerajaan perlu menyediakan satu agensi khas untuk mendapatkan secara terus PRI daripada Indonesia. SA di Malaysia hanya akan mengambil PRI yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Jika kerajaan tidak mampu menyediakan satu agensi untuk menyedaikan PRI di negara ini dengan kos yang ditetapkannya maka kerajaan perlu membuka semula penetapan kos pengambilan Pembantu Rumah Indonesia(PRI) sebanyak RM4,511 kepada pasaran bebas. Ini bermaksud  kos pengambilan PRI ditentukan oleh demand and supply. Pihak kerajaan perlu mencari mekanisma bagi mengurangkan beban rakyat yang memerlukan pembantu rumah tetapi tidak mampu membayar kos yang tinggi.

Menyelesaikan masalah Isu Pembantu Rumah Kemboja dengan kadar segera

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: