TIADA ERTI LAPANGAN TERBANG TARAF DUNIA JIKA MAS TERPAKSA GULUNG TIKAR

2

Mac 1, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi mengelakkan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) terus mengalami kerugian. Dalam laporan terbaru menunjukkan MAS mencatat kerugian untuk tahun 2011 sebanyak RM2.52 bilion.

DPPM mempersoalkan mengapa syarikat tersebut mengalami kerugian begitui banyak untuk tahun lepas. Apakah ia berpunca dari kelemahan dari segi urus tadbir dan strategi perniagaan yang tidak berkesan. Keadaan ekonomi global yang tidak berkembang dengan sihat tidak boleh dijadikan alasan mengapa MAS rugi kerana banyak lagi syarikat penerbangan negara serantau mencatat keuntungan yang baik.

Bagi DPPM, MAS perlu dipulihkan bagi menyelamatkannya dari terus mengalami kerugian. MAS adalah sistem penerbangan utama negara, justeru ia tidak patut dibiarkan gulung tikar. Mungkin pihak pengurusan MAS belajar dengan syarikat penerbangan seperti Air Asia yang terus cemerlang dengan keuntungan. Air Asia yang baru ditubuhkan beberapa tahun lepas dan hanya mempunyai operasi perniagaan yang lebih kecil mampu membina empayar kejayaan mereka. Apakah rahsia kejayaan ini sehingga mampu melakar kejayaan bermakna sebaliknya MAS pula menanggung kerugian.

MAS adalah identiti penerbangan utama negara, kegagalan MAS bererti kegagalan negara dalam melahirkan syarikat penerbangan bertaraf dunia. Imej negara pula akan jatuh di peringkat antarabangsa kerana gagal mengurus syarikat penerbangannya setanding dengan syarikat penerbangan negara-negara lainnya.

Tidak ada ertinya kehebatan lapangan terbang negara ini bertaraf dunia dan mendapat pengiktirafan antarabangsa sekiranya syarikat yang menguruskan sistem penerbangan utama negara pula gagal menempatkan kedudukannya. Rakyat Malaysia pastinya malu apabila mendengar MAS terus mencatat kerugian buat beberapa tahun lagi dan akhirnya terpaksa menggulung tikar dan menyerah kalah. Apakah lagi kebanggan rakyat Malaysia pada industri penerbangan negara?

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

2 thoughts on “TIADA ERTI LAPANGAN TERBANG TARAF DUNIA JIKA MAS TERPAKSA GULUNG TIKAR

  1. Amirullah berkata:

    Bukan MAS sahaja ada problem nak gulung tikar malah penerbangan luar negara dah banyak yang lebih dulu gulung tikar. Agaknya kalau PAS yg memerintah, dah lama dah kapal terbang MAS x terbang dan kena jual… KLIA pun tentu dah kena jual … macam nak jual Putrajaya dulu …🙂

  2. simerah silu berkata:

    ni lagi satu bebal tak habis habis… mana boleh syarikat gergasi rugi..duit syarikat mas dh abis kena rompak dgn perompak umno..mana nk ada untungnya..bank negara pun boleh rugi tak pelik ke..??sedangkan bank bank lain dibawah bank negara untung besar.sbb ramai org mcm ko lah amirullah byk kt malaysia ni bikin rakyat semua susah..lembab mcm siput..klu x tahu tabir negara belajarlah dgn pakatan..asik untung je negeri bkn mcm negeri umno penuh dgn hutang,,ko tahu ke apa tu defisit..hahahahahahahaha,,,,semaklah laporan ketua audit negara mangkuk.>>>>>?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: