Hantar surat kepada PM Israel satu pengiktirafan

2

Mac 5, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 5 Mac:Jika tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, mengapa perlu menghantar surat rasmi kepada negara Yahudi tersebut?

Itu persoalan yang ditimbulkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) sejurus kembali ke tanahcair kelmarin terhadap pendedahan tiga surat yang ditulis oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada perdana menteri negara haram Yahudi tersebut.

“Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel merupakan satu pengiktirafan terhadap negara haram Yahudi tersebut.

Pendedahan tersebut melondehkan hipokrisi dan penipuan Umno terhadap rakyat bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel, kerana penghantaran surat rasmi itu sebenarnya satu pengiktirafan secara langsung ke atas kewujudan negara Israel,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.

Katanya, persoalan pengiktirafan terhadap Israel menjadi topik utama apabila beberapa buah negara Islam membantah perjanjian Camp David kerana perjanjian tersebut merupakan satu pengiktirafan kerajaan Mesir kepada negara Yahudi tersebut.

“Walaupun dunia menyedari bahawa wujudnya kerajaan haram Israel, namun apa yang penting menonjol dalam pendedahan surat-surat tersebut ialah kerajaan Malaysia seolah-olah mengakui negara haram ini yang dirampas oleh pendatang haram Israel, dan memaksa rakyatnya menjadi pelarian ini sebagai satu negara yang sah,” terang Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Melalui surat yang dihantar oleh Mahathir dan urus-dagang antara Malaysia dan Israel yang terus berjalan seperti yang didedahkan, kata Tuan Ibrahim telah secara langsung menyinsingkan muka kepura- puraan kerajaan dan sikap berbohongnya terhadap rakyat dalam isu hubungan negara dengan Israel selama ini.

“Mana mungkin seseorang Perdana Menteri boleh menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel kalau tidak mengiktiraf negara tersebut. Jawatan yang dipegang kerana adanya negara, maka secara simboliknya penghantaran surat tersebut jelas ialah satu pengiktirafan,” bidas beliau. – Harakahdaily

2 thoughts on “Hantar surat kepada PM Israel satu pengiktirafan

  1. Amirullah berkata:

    X habis lagi isu ni … kalau setakat nak menegakkan benang yang basah … apa dicakap pun akan dicari jalan utk diputarkan … surat di antara satu pemimpin negara ke satu pemimpin yg lain adalah biasa walaupun tiada hubungan diplomatik… kalau x macam mana nak nyatakan pendirian negara kita terhadap Israel? pakai jampi? santau? atau guna perantaraan org macam Anwar? Come on laaa … masa zaman awal Islam pun Rasulullah S.A.W hantar surat ke Rome dan Parsi … mengajak kepada Islam sebelum bersedia utk berperang jika ditentang … x payah lah main usik2 macam tu … x matang langsung

  2. simerah silu berkata:

    salam..amirullah..awk ni sekolah ke tak sekolah..dh baca belom isi surat tu..klu belom baca lagi x pyah komen..klu dh baca dan x faham ayat b.ingeris jumpa aku..boleh terangkan..lembu pun klu aku ajar hari hari pun buleh faham..ko ni macam mana boleh jadi bebal..byk makan duit haram ke..sampai ayat yg dia tulis pun ko masih x faham..klu dhbodoh tu duduk diam diamlah..jangan menyusahkan org..faham..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: