Hina Hudud: Pemuda PAS jumpa Mahathir 12 Mac

1

Mac 5, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 5 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjelaskan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan juga akhbar The Star pada 12 Mac.

Jelas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, pertemuan itu adalah bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu yang telah mencetuskan kontroversi di dalam negara ini.

“Mengenai pertemuan DPPM dengan Tun Mahathir, kita ingin mendapat sendiri kepastian kenyataan beliau terhadap hukum hudud yang mana sebelum ini beliau mengatakan hudud tidak ada di dalam Al-Quran.

“Kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini sebelum mendengar sendiri penjelasan darinya,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, perkara itu perlu diselesaikan secara berhadapan bagi mengelakkan dari berlakunya andaian yang lain daripada apa yang dimaksudkan oleh mantan perdana menteri itu.

“Perkara ini perlu diselesaikan secara berdepan bukannya boleh dibuat andaian mengikut suka hati.

“Kita mahu dengan sendiri apa sebenarnya motif serta maksud sebenar kenyataan beliau, selepas penjelasan diperolehi baru kita akan berbincang terhadap isu yang beliau timbulkan itu,” sambungnya lagi.

Sementara itu, pada hari yang sama DPPM juga turut berhasrat mengadakan kunjungan kerja dan dialog dengan Ketua Pengarang dan Pengarang akhbar The Star berkaitan dengan penyiaran gambar artis antarabangsa, Erykah Badu.

Tambahnya, pertemuan itu bagi menyatakan isu kontroversi yang melibatkan sensitiviti umat Islam dan juga bukan Islam di negara ini.

“Pada pertemuan itu nanti kita akan memberitahu apa yang harus dilakukan dalam kita memelihara sensitiviti pelbagai kaum negara ini.

“Kita akan turut menyatakan pendirian kita (DPPM) sebagai orang Islam terhadap isu-isu hiburan terutama jika ia boleh mencetuskan kontroversi,” jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, petang ini.

Menurutnya, surat bagi pertemuan tersebut telah dihantar hari ini dan hanya menunggu jawapan dari pihak terbabit.

DPPM akan mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir pada jam 11 pagi manakala akhbar The Star pada jam 3 petang.

One thought on “Hina Hudud: Pemuda PAS jumpa Mahathir 12 Mac

  1. alfonso berkata:

    tak payah jumpa la. nanti lain cerita keluar . Lagi banyak masalah besar kepada minda melayu islam . Semua yang dah baca/lihat video ucapan tu tahu menilai. Cukup-cukup la. ISlam itu indah sapa tolak islam lantak pi kat dia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: