Arsenal Tersingkir Liga Juara-Juara

Tinggalkan komen

Mac 6, 2012 oleh pemudawilayah


Arsenal tersingkir dari Liga Juara-Juara walaupun telah mendapat kemenangan 3-0 yang penuh bersemangat ke atas AC Milan.

Setelah dibolos 4-0 di San Siro hampir dua minggu lalu di San Siro, pengurus Gunners Arsene Wenger sedar bahawa pasukanny menghadapi ujian yang amat sukar – untuk menjadi pasukan pertama yang dapat bangkit dari kelebihan itu dalam Liga Juara-Juara.

Walaubagaimanapun, prestasi pasukan Gunners di Stadium Emirates malam Selasa itu cukup mengagumkan dan mereka telah mengurangkan kelebihan dengan jaringan pada separuh masa pertama oleh Laurent Koscielny, Tomas Rosicky dan Robin van Persie dari tendangan penalti.

Malangnya, mereka tidak dapat meneruskan kecermelangan untuk mengatasi Milan – yang telah kalah 4-0 kepada Deportivo La Coruna di kejohanan yang sama pada tahun 2003-04 walaupun telah mendapat kelebihan 4-1 dalam perlawanan pertama.

Arsenal memulakan perlawanan dengan gol pada minit ketujuh apabila Koscielny – yang telah menjaringkan gol sendiri di Liverpool pada hari Sabtu – menanduk masuk tendangan sudut dari Alex Oxlade-Chamberlain.

Van Persie pula telah menyaksikan percubaannya dari sudut ketat diselamatkan sebelum Kieran Gibbs diberi kad kuning setelah mengasari Stephan El Shaarawy yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan itu pada usia 19 tahun.

Arsenal menyerang lagi dan percubaan Van Persie dari jauh pada minit ke 18 diselamatkan lagi oleh Christian Abbiati.

Barisan pertahanan Milan diatasi lagi pada minit ke 25 apabila Theo Walcott memecut lepas di sayap kanan dan memberi hantaran yang ditendang keluar oleh Thiago Silva tetapi Rosicky merampasnya dan merembat masuk gol kedua pasukannya.

Stadium Emirates kini dibanjiri dengan sorakkan untuk Wenger meneruskan usahanya – walaupun para penyokong Gunners yang sebelum ini memberi kritikan kepada pengurus Perancis itu.

Oxlade-Chamberlain kemudia memecut lepas dari sayap kanan dan menggelecek dalam kotak sebelum dikasari oleh kedua-dua Antonio Nocerino dan Djamel Mesbah.

Pengadil Slovakia Damir Skormina mengambil masanya tetapi akhirnya memberi isyarat untuk tendangan penalti, yang telah diambil dengan tenang oleh Van Persie untuk jaringan gol ke 32 musim ini.

Hanya satu gol dari Milan cukup untuk menjamin tempat di pusingan seterusnya dan peluang terbaik jaruh kepada El Shaarawy sebelum masa rehat apabila mendapat ruang luas di sayap kanan tetapi tendangannya jauh dari sasaran.

Arsenal telah mula separuh masa kedua dengan gerakkan serangan tetapi Milan kini telah meningkatkan permainan dan Alex Song telah diberi kad kuning setelah mengasari Zlatan Ibrahimovich.

Gervinho kemudian menggelecek bola ke bahagian kiri kotak Milan dan memberi rembatan yang terpesong dari kaki Abbiati sebelum Van Persie membuat percubaan yang diselamatkan dengan senang oleh penjaga gol itu.

Walcott kelihatan telah mengalami kecederaan dan digantikan pemain Korea Park Chu-young tetapi Arsenal tidak mampu mereka dua lagi peluang yang diperlukan untuk mara ke pusingan suku akhir. – ESPN

Keputusan penh perlawanan awal pagi tadi :

Arsenal 3 – 0 AC Milan

Benfica 2 – 0 Zenit St Petersburg

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: