DATUK SERI NAJIB HANYA BERANI DI DALAM GELANGGANGNYA SAHAJA!

Tinggalkan komen

Mac 6, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang berfikiran munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara sebagai alasan untuk mengelakkan perdebatan. Bagi DPPM, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya ketakutan untuk berdepan dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang mahu berdebat dengan beliau serta gentar terhadap kebenaran yang bakal dibongkar di atas pentas perdebatan.  Kerana itulah beliau terus beralasan dan mencari helah bagi mengelakkan pertembungan yang boleh menjatuhkan kredibiliti beliau.

DPPM merasakan Datuk Seri Najib lebih suka memilih ‘menembak dari jauh’ atau melalui satu pihak sahaja iaitu menggunakan sepenuhnya media utama negara daripada berdepan dengan hujah balas pihak lawan. Ia mengulangi episod pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu yang gemar menyerang pembangkang melalui media tanpa diberi peluang pemimpin lawan mengemukakan hujah bagi menjawab tuduhan mereka.

Sedangkan rakyat melihat ‘regu’ debat terbaik buat Datuk Seri Najib adalah Datuk Seri Anwar sendiri. Selain Datuk Seri Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia, beliau juga adalah Presiden UMNO. Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim pula adalah Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR. Sudah tentu kedua-duanya layak untuk digandingkan bersama di atas satu pentas. Jika tidak, Datuk Seri Najib juga boleh memilih Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai teman perdebatan kerana Presiden PAS juga hebat dan setara dengan beliau.

Jika pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga boleh dianggap ‘tidak munasabah’ dan tidak serius memikirkan masa depan negara seperti menurut perkiraan Najib, siapakah pula mereka yang boleh dianggap munasabah? Mungkin Datuk Seri Najib rasa hanya beliau dan orang partinya sahaja yang berfikiran munasabah dan serius memikirkan masa depan negara manakal pihak lain tidak.

Datuk Seri Najib juga tidak harus merasa bimbang sekiranya pemimpin-pemimpin ini gagal mengawal diri apabila berdepan dengan sesuatu perdebatan. Perdebatan ini akan berlangsung dengan penuh ilmiah dan memelihara adab kesopanan. DPPM yakin, pemimpin Pakatan Rakyat tidak emosi jika berada di atas pentas. Sudah acapkali pemimpin Pakatan Rakyat  berdebat atau berpidato. Malah Datuk Seri Najib juga boleh menghadkan penyokong supaya tidak terlalu ramai. DPPM juga sanggup berjanji, bahawa penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tidak mengganggu beliau ketika sesi debat tersebut.

Justeru, DPPM meminta Datuk Seri Najib jangan lagi mencari alasan untuk mengelakkan perdebatan. Jika beliau enggan, beliau harus menolak terus debat tersebut tanpa mencari alasan lain. Ini akan menjelaskan lagi siapa Datuk Seri Najib disisi rakyat. Beliau hanya berani ketika kerada di depan penyokongnya sahaja serta melalui media yang berada di dalam genggamannya, beliau sebenarnya kecut jika berada di dalam gelanggang rakyat.

Disediakan oleh;


RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 126 other followers

Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: