Pandangan politik diselidiki, guru tak puas hati

Tinggalkan komen

Mac 6, 2012 oleh pemudawilayah


“Saya sangat marah apabila ada di kalangan rakan yang memprotes apa jua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.”

Pilihan Jawapan – ‘Sangat tidak setuju’, ‘Tidak setuju’, ‘Setuju’ atau ‘Sangat setuju’.

Ini adalah antara 10 soalan berbaur politik yang diajukan kepada guru-guru oleh pihak berkuasa pendidikan di Selangor dalam apa yang dipercayai sebagai tindakan mengukur pandangan politik mereka.

Satu lagi soalan yang menawarkan empat pilihan jawapan itu berbunyi: “Saya sangat bimbang jika berlaku perubahan besar dalam kepimpinan negara sekarang.”

Walaupun, guru tidak dikehendaki menulis nama mereka pada borang kaji selidik itu, sebahagian besar mereka tidak senang dengan bentuk soalan itu yang dianggap sebagai tekanan politik daripada pihak kerajaan.

Kaji selidik bertajuk ‘Kajian Keberkesanan Program Transformasi Kerajaan’, borang itu bagaimanapun tidak mempunyai logo kerajaan ataupun pihak yang membuat kajian berkenaan.

Seorang pengetua sekolah yang tidak mahu dikenali berkata borang kaji selidik itu dihantar melalui e-mel dan pihak sekolah terpaksa membuat salinan untuk diedarkan kepada guru.

Katanya, beliau juga tidak pasti sama ada kajian itu membabitkan tinjauan di seluruh negara, tetapi ramai guru di negeri Selangor diminta untuk menjawab soalan-soalan itu sejak beberapa hari lalu. – Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: