PENYELESAIAN KEMELUT DI KEDAH: PAS MAMPU TADBIR NEGARA

Tinggalkan komen

Mac 6, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) merasa bersyukur kerana pimpinan PAS Pusat mengambil langkah berkesan dengan menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Kedah dengan cepat. PAS WP merasakan keputusan yang dibuat oleh kepemimpinan PAS Pusat adalah suatu keputusan yang terbaik dan menguntungkan semua pihak.

Bagi PAS WP, apa yang berlaku di Kedah  adalah umpama perselisihan faham yang berlaku dalam sebuah keluarga. PAS Pusat ibarat ayah yang berjaya mendamaikan persengketaan antara adik beradik. Penyelesaian konflik ini menunjukkan PAS sememangnya matang dan mampu untuk mentadbir kerajaan apabila berjaya mencapai kata sepakat dengan kerukunan dan penuh adab. Rakyat melihat pemimpin PAS mampu duduk semeja, bersikap berlapang dada dalam menangani sesuatu konflik yang berlaku.

Konflik yang berlaku adalah suatu perkara biasa yang dihadapi oleh mana-mana organisasi. Apa yang penting bagaimana penyelesaian dapat dibuat bagi mengatasi konflik yang berlaku dan PAS membuktikan mampu menyelesaikan konflik ini dengan baik.

Sesungguhnya pemimpin PAS membuktikan mereka tidak berebutkan jawatan, pangkat, harta atau kedudukan seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak. Pemimpin PAS juga tidak meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan jemaah sepertimana yang berlaku kepada pemimpin parti-parti politik lainnya.

PAS WP percaya, isu ini mampu mengeratkan pertautan ukhwah serta semangat juang di kalangan ahli dan jentera parti di Kedah bahkan di seluruh negara serta mampu mengukuhkan lagi kedudukan PAS Kedah di bawah kepemimpinan YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Akhirnya, PAS WP mengharapkan jentera PAS di semua peringkat menumpukan perhatian kepada pilihanraya Umum ke 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dan mengenepikan sebarang permasalahan yang berlaku di peringkat dalaman.

Disediakan oleh;

 

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan

PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: