PEMUDA ANJUR HI-TEA KAMPUNG BARU UNTUK PERSEDIAN DANA PRU-13

Tinggalkan komen

Mac 7, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) dengan kerjasama Gerakan Anak Muda Titiwangsa (GERAM) akan menganjurkan majlis Hi-Tea Bersama Pimpinan serta Pelancaran Dana Pilihanraya Umum ke-13 bagi kawasan Titiwangsa. Majlis ini akan diadakan pada 11 Mac 2012 (Ahad) bermula jam 5.00 petang bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Majlis ini akan dirasmikan oleh Ustaz Idris Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Tarbiah dan Perkaderan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat. Majlis ini dijangka akan dihadiri oleh 200 orang penduduk tempatan.

Di ambang Pilihanraya Umum (PRU) yang ke-13 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat, DPPKT mengambil inisiatif ini untuk menghimpun para dermawan bagi membuka peluang untuk menyumbang ke dalam tabung PRU. Dana ini akan digunakan sepenuhnya dalam gerak kerja Pemuda dalam kempen PRU bagi mengekalkan kerusi Parlimen Titiwangsa yang diwakili oleh Pas – Pakatan Rakyat.

DPPKT bertekad untuk mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa yang telah dimenangi oleh Almarhumah Dr. Lo’ Lo’ Ghazali yang meninggal dunia akibat menghidap penyakit kanser. Ia adalah kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan oleh Almarhumah dalam usaha mendekati penduduk setempat yang kurang bernasib baik dan memperjuangkan beberapa isu utama penduduk Titiwangsa, terutama usaha mempertahankan hak pemilikan orang Melayu ke atas tanah di Kampung Baru.

Justeru DPPKT ingin mengajak seluruh rakyat di Parlimen Titiwangsa khususnya penduduk Kampung Baru untuk hadir ke majlis Hi-Tea bersama pimpinan PAS Pusat seterusnya memberi sumbangan dana bagi melancarkan gerak kerja pilihanraya Pemuda PAS Parlimen Titiwangsa.

Disediakan oleh:

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: