MAIWP : Mohon 1 Juta Dapat 4 Juta ?

Tinggalkan komen

Mac 9, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 9 MAC : Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) hari ini melahirkan rasa kecewa dengan sikap Menteri Agama Dato Seri Jamil Khir yang masih enggan menjawab persoalan-persoalan yang di timbulkan oleh DPPM sebelum ini berkenaan mengapa lebih 40% duit zakat tidak pergi langsung ke asnaf serta mengapa sehingga RM 23 Juta diberikan kepada Amil. DPPM juga meminta supaya perincian RM 2 Juta bagi belanja mengurus Yayasan Taqwa (YT) dan akaun YT di dedahkan kepada umum.

Bercakap pada sidang media hari ini, Kamaruzaman Mohamad Pengerusi Task Force Zakat DPPM, kita juga meminta bukti RM 800,000 yang di nyatakan dalam Laporan Maiwp tetapi di disebut dibawa ke 2011. Kita juga mempersoalkan dimana hasil audit dalaman Yayasan Taqwa”.

Tambah Kamaruzaman, disebabkan keenganan Menteri Agama Dato Seri Jamil Khir menjawab persoalan kami, maka kami mengambil keputusan untuk mendedahkan satu bukti persoalan yang pernah kami ajukan kepada pihak Dato Seri Jamil Khir sebelum ini.”

“Pada 17 September 2010 pihak YT Wilayah Persekutuan melalui Pengurus Besar Yayasan Taqwa telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM 1 Juta bagi menampung sebahagian kos operasi dan program atau aktiviti YT dari bulan September sehingga Disember 2010. Pada 13 Oktober 2010 Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal yang bermesyuarat di bilik mesyuarat Jakim telah meluluskan RM 4 juta” katanya dalam sidang media.

Kamaruzaman menegaskan, kami mempersoalkan kenapa peruntukan yang diluluskan lebih dari yang dipohon? Persoalnya lagi ke manakah wang RM 4 Juta itu dibelanjakan serta minta segera didedahkan audit dalaman Yayasan Taqwa. Keraguan demi keraguan yang timbul menyebabkan rakyat khususnya di wilayah persekutuan yang member zakat mula melahirkan kebimbangan cara urus takbir wang zakat tersebut.”

Mengulas lanjut, Kamaruzaman menegaskan, kami memberi masa seminggu sehingga jumaat depan bagi pihak Maiwp serta Dato Seri Jamil Khir menjawab persoalan-persoalan yang kami timbulkan. DPPM tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis serta SPRM bagi menyiasat kebimbangan yang timbul jika dalam masa seminggu ini kami tidak mendapat jawapan yang baik dan memuaskan bagi persoalan yang kami ajukan.”

DPPM beranggapan Yayasan Taqwa perlu di tutup serta staf-staf YT di serapkan kedalam Maiwp itu sendiri. Kita bertegas, wang yang di salurkan sehingga RM 2 Juta setiap tahun kepad YT sepatutnya di gunakan dan di manfaatkan kepada golongan asnaf yang masih banyak memerlukannya.

DPPM menerima baik tindakan segera yang dilakukan Maiwp dalam menubuhkan Squad Jejak Asnaf, ini menunjukkan masih ramai sebenarnya golongan yang layak menerima wang zakat di sekitar wilayah persekutuan ini,” tambah Kamaruzaman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: