Presiden PAS lawat mangsa banjir Lembah Jaya

Tinggalkan komen

Mac 13, 2012 oleh pemudawilayah


AMPANG, 13 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini meluangkan masa melawat mangsa yang dilanda banjir di Lembah Jaya di sini.

Beliau yang bergerak dari parlimen, tiba di Surau Insaniah yang dijadikan bilik gerakan utama di Kampung Lembah Jaya Utara kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Kehadiran beliau disambut Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz, Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman dan pimpinan diperingkat kawasan.

Beliau kemudian diberi taklimat oleh Khasim kira-kira 15 minit berhubung operasi menyelamat dan keadaan terkini mangsa banjir.

Selepas itu Abdul Hadi turut dibawa melawat ke kediaman penduduk yang teruk terjejas disamping menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada mereka.

Pada sidang media selepas itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat atas tindakan segera serta perihatin terhadap mangsa-mangsa banjir.

“Saya ucapkan terima kasih kerana keperihatinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam membantu mangsa-mangsa banjir.

“Dan jelas kita dari Pakatan Rakyat turun lebih awal serta bersikap proakif dan mengambil langkah yang lebih wajar,” jelasnya.

Tambahnya lagi, tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat amat berbeza jika dibandingkan dengan kerajaan yang mana mereka perlu mendapat arahan serta kelulusan terlebih dahulu.

“Jentera kita akan terus turun walaupun tanpa arahan, ini satu sikap yang positif untuk tunai tanggungjawab tanpa mengira fahaman politik.

“Mereka adalah rakyat kira dan kita bertanggungjawab terhadap sesiapa yang menjadi mangsa banjir,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: