DPPM AKAN KE SYRIA BAGI MEMANTAU KEADAAN PELAJAR

1

Mac 16, 2012 oleh pemudawilayah


Lajnah Antarabangsa, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menghantar wakil ke Syria bagi meninjau keadaan pelajar Malaysia yang dikatakan telah diabaikan oleh kerajaan Malaysia ekoran krisis yang berlaku di negara berkenaan. Wakil lajnah antarabangsa yang akan diketuai oleh Timbalan Pengerusi 2 Sdr Ustaz Fakurazi Mokhtar akan berangkat ke Damsyik pada malam ini.

Konflik di Syria semakin hari semakin mendesak apabila jumlah kematian dianggarkan mencecah ribuan rakyat yang tidak berdosa ekoran kebangkitan rakyatnya yang inginkan lebih ruang demokrasi di sana disamping menuntut Presiden Bashyar Assad berundur. Demokrasi yang dilihat tempang di Syria adalah akibat tampok pemerintahan yang begitu lama dipegang oleh keluarga Assad.

LA DPPM berharap, kerajaan Syria dapat memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia di Syria terjamin walaupun kemelut politik dalaman disana semakin runcing kerana adalah tanggungjawap kerajaan Syria untuk memastikan keselamatan rakyat asing tidak diapa-apakan serta dilibatkan.

LADPPM juga menyeru kepada rakyat Malaysia di Syria agar tidak melibatkan diri dalam sebarang program dan aktiviti dalaman dan tempatan rakyat Syria yang boleh mengakibatkan mereka diambil tindakan oleh pihak tertentu di sana. Para pelajar terutamanya perlulah sentiasa mengikut arahan dari kedutaan Malaysia walaupun dilaporkan Kedutaan Malaysia tidak mahu bertanggungjawap terhadap rakyat Malaysia yang masih berada di pusat-pusat pengajian awam di seluruh Syria. Wakil -wakil pelajar malaysia dari persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia diseluruh Syria diminta sentiasa berhubung dan berkomunikasi secara setempat dengan ahli-ahlinya.

LADPPM akan berusaha untuk bertemu dengan wakil-wakil Mahasiswa dan rakyat Malaysia bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia

Merangkap
Pengerusi Lajnah Antarabangsa

One thought on “DPPM AKAN KE SYRIA BAGI MEMANTAU KEADAAN PELAJAR

  1. hannan berkata:

    mne jnji krajaan???adekh krjaan nk biarkn pljar disi merana???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: