Pelajari ilmu secara ‘tafaqquh’

Tinggalkan komen

Mac 19, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 18 Mac: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan umat Islam perlu mempelajari ilmu secara ‘tafaqquh’ iaitu belajar dan mendalami Islam sebaik-baiknya.

“Kita bukan sahaja mengajar atau mengaji tetapi faham Islam itu sebenar-benarnya,”katanya dalam ucaptama majlis Istiadat Konvokesyen Intitut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyyah (Ilham) kali ke-11.

Ini kerana, katanya, umat Islam dituntut memberi peringatan kepada semua supaya mereka berwaspada terhadap ajaran-ajaran sesat, termasuk dalam konsep cara hidup.

“Mempelajari Islam bukan untuk diri sendiri sekadar tahu sahaja, tetapi untuk disampaikan kepada segenap umat kerana ia sudah menjadi tanggungjawab menyampaikan ilmu,” katanya.

Malah tegasnya, Allah memilih manusia bertugas di atas muka bumi ini kerana manusia mempunyai fitrah dan naluri untuk menjadi khalifah.

Bagaimanapun katanya, kejahilan umat Islam hari ini hanya menangani dua pendekatan yang menjadi pemandu umat manusia iaitu agama dan ideologi yang berkait cara hidup, politik, ekonomi dan sosial.

“Mereka lupa ‘di sana’ ada petunjuk Allah yang dinamakan Ad Din yang dibawa oleh Nabi dan Rasul. Bermula Adam a.s ditutup dengan Muhammad SAW,” katanya.

Berucap di depan 146 graduan Ilham, Abdul Hadi berkata, pendidikan dan pentarbiyahan merupakan medium penting untuk melahirkan generasi pendakwah yang bergerak di atas landasan ilmu dan sensitif dengan persekitaran.

Justeru katanya, setiap ahli lebih-lebih lagi pimpinan mesti meletakkan aspek tarbiyah sebagai asas utama dalam apa situasi dan tempat kerana tarbiyah adalah sebahagian daripada tunjang kekuatan jamaah.

“Diharap graduan Ilham mampu menjadi pendokong dan petugas gerakan Islam yang sanggup menghadapi tribulasi perjuangan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat Idris Ahmad mencadangkan semua peringkat perlu memastikan ahli-ahli kawasan mereka diwajibkan menyertai program Ilham.

“Seboleh-bolehnya biarlah setiap tahun
sekurang-kurangnya dua orang setiap kawasan ditaja oleh PAS kawasan terutama mereka yang tidak sempat mempelajari Islam secara formal,” katanya.

Pengarah Ilham Pusat Dr Asiah Ali berkata, tarbiyah adalah nadi  kepada PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang bukan terhad kepada usrah, tamrin, seminar dan pengisian ilmu sahaja.

Bahkan katanya ketika memberi ucapan, tarbiyah perlu untuk melahirkan pendokong gerakan Islam PAS yang mampu menjadi ‘role model’ kepada masyarakat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: