BN ‘hempuk’ rakyat jika menang PRU13

Tinggalkan komen

Mac 20, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 20 Mac: Penderaan dari segi ekonomi dan keperitan hidup adalah balasan yang disediakan oleh Barisan Nasional (BN) kepada rakyat jika ia menang dalam pilihan raya akan datang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

“Hari ini, semua kenaikan cukai, pemotongan subsidi dan apa sahaja bebanan ke atas rakyat ditangguhkan.

“Semuanya akan dihempuk ke atas kepala rakyat sebagai balasan kepada rakyat selepas BN menang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

“Bersedialah untuk menahan diri anda dihempuk dengan penderitaan demi penderitaan akibat penyiksaaan BN selepas ia menang dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Sejak lebih setahun lalu, kata Mohamad, rakyat didendangkan betapa kerajaan kononnya menanggung beban akibat pelbagai subsidi untuk rakyat.

“Itu sahaja lagu yang didendangkan kepada rakyat supaya mereka bersedia menahan diri menanggung penderitaan akibat penyiksaan BN selepas pilihan raya akan datang,” katanya.

Walaupun bersetuju dengan jangkaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan negara akan bankrap seperti Greece kira-kira pada tahun 2019, tetapi Mohamad yakin bukan subsidi kepada rakyat yang menyebabkan negara bankrap.

“Penyakit yang sebenarnya menyebabkan negara bankrap ialah rasuah.

“Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) menganggarkan bahawa rasuah boleh mengakibatkan negara menanggung kerugian kira-kira RM10 bilion setahun.

“Itu jangkaan institusi kerajaan. Saya yakin kerugian yang ditanggung oleh negara jauh lebih besar lagi,” kata Mohamad.

Rakyat, katanya, mestilah mempersoalkan dakwaan kerajaan yang meletakkan subsidi kepada mereka sebagai punca utama yang mengakibatkan kemelut ekonomi negara ini.

“Benarkah subsidi merupakan punca utama masalah ekonomi yang bakal dihadapi oleh negara sehingga negara dijangka bankrap?

“Adakah salah urus, salah tadbir dan penyelewengan wang rakyat untuk kepentingan pemimpin-pemimpin parti pemerintah dan kroni-kroni mereka bukan punca utama masalah ekonomi yang bakal dihadapi oleh negara?” beliau mempersoalkan.

Sebagai contoh, kata beliau, keluarga Ketua Wanita Umno sahaja mendapat pinjaman mudah sebesar RM250 juta dari Kementerian Kewangan yang hakikatnya seperti diberikan begitu sahaja.

“Itu keluarga Ketua Wanita Umno yang akan tamat tempoh jawatan menterinya April ini.

“Bagaimana dengan keluarga pembesar Umno yang lain? Adakah mereka berdiam diri dan melihat begitu sahaja keluarga (Datuk Seri) Sharizat (Abdul Jalil) mendapat nikmat sehingga RM250 juta?” kata Mohamad.

Beliau yakin, jika dibuat kajian yang telus dan bertanggungjawab, negara sebenarnya lebih banyak menanggung beban akibat penyelewengan dan rasuah berbanding pemberian subsidi kepada rakyat.

Semalam, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dilaporkan berkata, keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi telah ditangguhkan memandangkan kos sara hidup yang meningkat.

Menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau, Pemandu berkata, langkah itu adalah semata-mata keputusan sementara.

Sebelum ini, badan pemikir yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu mendesak Putrajaya melaksanakan “rasionalisasi subsidi” dalam usaha mengawal kos subsidi yang terus melambung.

Putrajaya mengunjurkan bahawa kerajaan akan terpaksa membelanjakan RM33.2 bilion bagi menampung kos subsidi pada 2012, yang dikatakan punca bajet defisit.

Kali terakhir subsidi dikurangkan adalah pada Jun tahun lalu yang membabitkan gula, bahan api dan tarif elektrik.

Idris yang juga ketua pegawai eksekutif Pemandu pada 2010 memberi amaran bahawa pelan rasionalisasi subsidi adalah perlu atau Malaysia akan menjadi muflis seperti Greece dalam tempoh sembilan tahun.

Dipercayai akibat tekanan demi tekanan dari dalam BN sendiri, tahun lalu beliau menukar pendiriannya dan berkata Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya sebelum itu. – Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: